Parlimen Scotland

Parlimen Scotland
ڤرليمن سکوتلند
Pàrlamaid na h-Alba
The Scots Pairlament
Jata Parlimen Scotland
Parlimen Scotland ke-5
Jenis
Jenis
Ekadewan
Sejarah
Diasaskan12 Mei 1999 (1999-05-12)
Kepimpinan
Pegawai Pengerusi
Ken Macintosh
sejak 12 Mei 2016
Menteri Pertama
Nicola Sturgeon, SNP
sejak 20 November 2014
Ketua Pembangkang
Ruth Davidson, Konservatif
sejak 11 Ogos 2020
Pemimpin Parti Pembangkang
Struktur
Ahli129
Komposisi terkini kerusi dalam Parlimen Scotland
Kumpulan politik
Pemerintah (61):[1]

Parti Pembangkang (67):[1]

Pegawai Pengerusi (1):

  •      PO (1)
Jawatankuasa
16
  • Audit
  • Peluang Sama Rata
  • Hubungan Eropah dan Luar
  • Kewangan
  • Tatacara
  • Petisyen Awam
  • Piawaian dan Pelantikan Awam
  • Perundangan Bawah
  • Ekonomi, Tenaga dan Pelancongan
  • Pendidikan, Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Budaya
  • Kesihatan dan Sukan
  • Keadilan
  • Pemerintah dan Komuniti Tempatan
  • Ehwal Luar Bandar dan Sekitaran
  • Skim Pencen Parlimen Scotland
  • Pengangkutan, Prasarana dan Perubahan Iklim
Pilihan raya
Sistem pengundian
Sistem ahli tambahan
Pilihan raya terakhir
5 Mei 2016
Pilihan raya seterusnya
6 Mei 2021 atau lebih awal[2]
Tempat persidangan
Kamar perbahasan Parlimen
Bangunan Parlimen Scotland, Edinburgh
Laman sesawang
www.parliament.scot
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parlimen Scotland (Gaelik Scotland: Pàrlamaid na h-Alba; Scots: The Scots Pairlament)[3][4][5] ialah badan perundangan ekadewan bagi negara Scotland. Disebabkan ia terletak di kawasan Holyrood dekat ibu negara Edinburgh, ia sering kali dirujuk dengan kata gelar Holyrood.[6] Parlimen ini dipilih secara demokratik yang terdiri daripada 129 orang ahli yang dikenali sebagai Ahli Parlimen Scotland (MSP), dipilih untuk jangka masa empat tahun melalui sistem ahli tambahan: 73 MSP mewakili kawasan undi geografi individu yang dipilih melalui sistem kemajmukan ("pemenang undi terbanyak"), manakala 56 ahli daripada kawasan ahli tambahan, di mana setiap satunya memilih tujuh MSP.[7] Pilihan raya paling terkini bagi Parlimen ini telah diadakan pada 5 Mei 2016, dengan Parti Kebangsaan Scotland memenangi kemajmukan.

Parlimen Scotland yang asal merupakan badan perundangan kebangsaan bagi Negara Beraja Scotland yang merdeka dan wujud sejak awal abad ke-13 sehingga negara beraja itu bergabung dengan Negara Beraja England di bawah Akta Penyatuan 1707 untuk membentuk Negara Beraja Great Britain.[8] Dengan itu, kedua-dua Parlimen Scotland dan England tidak lagi wujud dan Parlimen Great Britain yang berada di Westminster di London telah dibentuk.[8]

Berikutan satu pungutan suara pada 1997, di mana pengundi-pengundi Scotland meilih untuk penurunan kuasa, Parlimen terkini diwujudkan melalui Akta Scotland 1998, yang menetapkan kuasanya sebagai badan perundangan penurunan. Akta itu menentukan kecekapan perundangan Parlimen – bidang di mana ia boleh membuat undang-undang – dengan jelas menyatakan kuasa yang "dikhaskan" kepada Parlimen United Kingdom. Parlimen Scotland mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang di semua bidang yang tidak dikhaskan secara tersurat kepada Westminster.[9] Parlimen British mengekalkan keupayaan untuk meminda bidang rujukan Parlimen Scotland, dan boleh memperluas atau mengurangkan bidang di mana ia boleh membuat undang-undang.[ref 1] Sidang pertama untuk Parlimen baru telah diadakan pada 12 Mei 1999.[10]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Results
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Scottish Elections (Dates) Act 2016
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama NameInScots2
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama NameInScots3
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A1
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama HolyroodName
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ScotParlWorks
  8. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama HistoricalConnection
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama SpecifiedReservations
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama FirstMeeting


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "ref", tetapi tiada tag <references group="ref"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy