Parti Buruh (United Kingdom)

Parti Buruh
PemimpinKeir Starmer
Naib KetuaAngela Rayner
Setiausaha AmDavid Evans
Ditubuhkan27 Februari 1900 (1900-02-27)[1][2]
Ibu pejabatLabour Central
Kings Manor
Newcastle upon Tyne
NE1 6PA
Sayap pelajarPelajar-pelajar Buruh Labour Students
Sayap beliaBuruh Muda
Young Labour
(dahulunya Sosialis Muda Parti Buruh Labour Party Young Socialists)
Keanggotaan (Jun 2017) 552,000
IdeologiDemokrasi sosial[3]
Kedudukan politikTengah kiri
Penggabungan EropahParti Sosialis Eropah
Penggabungan antarabangsa
Kumpulan Parlimen EropahPerikatan Progresif Sosialis dan Demokrat
Dewan Rakyat
411 / 650
Dewan Pertuanan
177 / 790
Parlimen Scotland
22 / 129
Senedd
30 / 60
Datuk bandar serantau[nb]
11 / 12
Perhimpunan London
11 / 25
PCC dan PFCC
17 / 37
Datuk Bandar yang dipilih secara langsung
10 / 16
Ahli Majlis[nb][4]
6,561 / 18,646
Laman sesawang
www.labour.org.uk
Politik United Kingdom
Parti politik
Pilihan raya
 Datuk Bandar London dan 11 pihak berkuasa gabungan datuk bandar. 
 Ahli majlis pihak berkuasa tempatan di England (termasuk 25 aldermen Bandaraya London) dan Scotland, majlis utama di Wales dan majlis tempatan di Ireland Utara

Parti Buruh adalah sebuah parti politik di United Kingdom yang berhaluan tengah kiri. Parti ini dianggap sebagai sejenis parti yang mempunyai liputan pemahaman politik menyeluruh dari pemikiran demokrasi sosial, sosialis serta golongan kesatuan sekerja.[5] Platform parti ini menekankan campur tangan kerajaan yang lebih besar, keadilan sosial serta pengukuhan hak-hak pekerja. Parti ini adalah anggota Parti Sosialis Eropah dan Perikatan Progresif (Progressive Alliance) bahkan ia turut memegang status pemerhati dalam pertubuhan Sosialis Antarabangsa.

Penubuhan parti ini pada tahun 1900, berpunca sebagai kesan pergerakan kesatuan-kesatuan pekerja serta parti-parti sosialis yang muncul pada abad ke-19. Ia mendahului Parti Liberal sebagai parti pembangkang utama terhadap Parti Konservatif pada awal tahun 1920-an, membentuk kerajaan minoriti di bawah Ramsay MacDonald pada tahun 1924 serta penggal tahun 1929 hingga tahun 1931. Parti Buruh kemudiannya berkhidmat dalam kerajaan gabungan ketika berlakunya Perang Dunia Kedua dari penggal tahun 1940 untuk 1945. Parti ini membentuk kerajaan majoriti yang diketuai Clement Atlee selepas tamatnya perang tersebut sehingga tahun 1951. Parti ini juga memerintah dalam kerajaan Britain dari tahun 1964 hingga tahun 1970 di bawah Harold Wilson, serta dari tahun 1974 hingga tahun 1979 yang mulanya di bawah Wilson dan kemudiannya di bawah James Callaghan.

Parti ini menjadi parti memerintah paling lewatnya dari 1997 hingga 2010 di bawah Tony Blair dan Gordon Brown. Parti ini telah diketuai oleh Ed Miliband dari tahun 2010 dan kemudiannya Jeremy Corbyn dari tahun 2015 setelah meninggalkan gabungan kerajaan yang memerintah.

Parti Buruh kini merupakan parti Pembangkang Rasmi dalam Parlimen United Kingdom setelah ia memenangi bilangan kerusi kedua terbanyak dalam Pilihan Raya Umum Britain 2017. Parti Buruh merupakan parti terbesar dalam Dewan Undangan Wales (yang juga membentuk parti utama dalam kerajaan negara tersebut) serta merupakan parti ketiga terbesar di Parlimen Scotland. Parti ini juga mempunyai perwakilan kedua terbesar dari United Kingdom dalam persidangan Parlimen Eropah di mana ahli-ahli parti ini duduk di Kumpulan Sosialis dan Demokrat . Meskipun parti ini juga bersidang di Ireland Utara, ia tidak mempertandingkan pilihan raya di sana tetapi sebaliknya menyokong Parti Buruh dan Demokratik Sosial (Social Democratic and Labour Party) di kawasan tersebut.

  1. ^ Brivati & Heffernan 2000: "Pada 27 Februari 1900, Jawatankuasa Perwakilan Buruh telah dibentuk untuk berkempen bagi pemilihan wakil kelas pekerja ke parlimen."
  2. ^ Thorpe 2008, m/s. 8.
  3. ^ "Parties and Elections in Europe".
  4. ^ "Open Council Data UK – compositions councillors parties wards elections". opencouncildata.co.uk.
  5. ^ Matthew Worley (2009). The Foundations of the British Labour Party: Identities, Cultures and Perspectives, 1900-39. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 1–2. ISBN 978-0-7546-6731-5.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy