Parti Whig (Amerika Syarikat)

Parti Whig adalah sebuah parti politik aktif pada pertengahan abad ke-19 di Amerika Syarikat. Ia muncul pada tahun 1830-an sebagai lawan utama kepada dasar-dasar pemerintah Parti Demokrat pimpinan Presiden Andrew Jackson (dari 1829 hingga 1837), lalu ia menarik banyak bekas anggota Republikan Nasional (salah satu parti kesinambungan Parti Demokratik-Republikan ) dan Parti Anti-Mason. Ia mempunyai beberapa pautan ke tradisi kelas lama Parti Federalist yang tidak dapat dipisahkan. Ia adalah salah satu kuasa utama dalam Sistem Parti Kedua yang wujud dalam pemerintahan Amerika Syarikat dari awal 1840-an hingga pertengahan 1860-an;[1] ia menjadi suatu parti rasmi namun lama kelamaan merosot pengaruh selepas 1854.

Ia sangat memihak kepada pihak yang terlibat dalam penggiatan perniagaan, bank, industri, pendidikan dan pemodenan sosial serta menentang kepimpinan presiden dan pengembangan wilayah; maka ia kerap mendapat perhatian dalam kalangan kelas menengah yang konservatif[2] terutamanya usahawan, petani serta petempat bandar yang baru muncul, namun tidak banyak pada para petani atau pekerja tidak mahir. Parti ini banyak disokong ramai penganut bermazhab Protestan yang aktif menyuarakan penentangan moral terhadap penyingkiran bangsa peribumi yang dilakukan pemerintah Andrew Jackson. Sebanyak empat orang presiden telah dilantik daripada perwakilan dalam parti ini.

Parti ini tiada kaitan langsung dengan Parti Whig di United Kingdom[3] - para pengasas parti ini lebih memilih nama tersebut kerana ia merupakan gelaran puak politik dalam jajahan Amerika British yang memberontak dan Tiga Belas Jajahan mereka sewaktu Perang Revolusi Amerika.

  1. ^ Holt (1999), p. 231.
  2. ^ Daniel Walker Howe (1979). The Political Culture of the American Whigs. m/s. 212.
  3. ^ Holt (1999), pp. 27–30.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy