Pasir

Gambaran pasir:
kaca, gumuk, kuarza
gunung berapi dengan basalt luluhawa kemerahan, karang biogeni, karang merah jambu
kaca gunung berapi, garnet, olivin.
Sampel-sampel diambil dari Gurun Gobi, Estonia, Hawaii dan tanah besar Amerika Syarikat. (1x1 cm each)[1]
Pasir dari pantai di Vancouver, menunjukkan luas permukaan (anggaran) antara 1-2 cm persegi.
Galian berat (gelap) dalam pasir pantai kuarza (Chennai, India).
Pasir

Pasir (Jawi: ڤاسير‎) ialah bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada zarah batu dan galian kecil yang halus. Butiran-butiran ini datangnya dari penghakisan atau pemecahan batuan keras akibat pendedahan kepada persekitaran luar secara berterusan sehingga ketulan yang besar berpecah kepada butir kecil dan dibawa angin dan air terhanyut jauh dari asalnya terkumpul mendak seperti gumuk dan pantai.

Ia merupakan bahan penting dalam bidang pembinaan terutamanya untuk membancuh konkrit: pasir galian sungai sangat didambakan kerana sifatnya yang tersendiri sehingga tidak boleh diperbaharui.[2] Sebanyak 50 bilion tan pasir sungai digali untuk tujuan ini.[3]

  1. ^ Siim Sepp. "Sand types" (dalam bahasa Inggeris). sandatlas.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2019. Dicapai pada 17 Februari 2020.
  2. ^ Constable, Harriet (3 September 2017). "How the demand for sand is killing rivers". BBC News Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2017. Dicapai pada 9 September 2017.
  3. ^ Albarazi, Hannah. "The Slippery Slopes of the World Sand Shortage". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2019. Dicapai pada 29 March 2019.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy