Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman

 Jerman
Shirt badge/Association crest
GelaranDie Mannschaft (The Team), digunakan oleh media bahasa Inggeris
PersatuanPersatuan Bola Sepak Jerman
(Deutscher Fußball-Bund — DFB)
KonfederasiUEFA (Eropah)
Ketua jurulatihJulian Nagelsmann
KaptenManuel Neuer
Kaps terbanyakLothar Matthäus (150)
Penjaring terbanyakMiroslav Klose (71)
Kod FIFAGER
Kedudukan FIFA 16 (20 Jun 2024)[1]
Kedudukan tertinggi FIFA1 (Ogos 1993)
Kedudukan terendah FIFA23 (Mac 2006)
Kedudukan Elo 10 3 (21 Jun 2024)[2]
Kedudukan tertinggi Elo1 (1990–92, 1993–94, 1996–97)
Kedudukan terendah Elo28 (1923)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
 Switzerland 5–3 Jerman Jerman
(Basel, Switzerland; 5 April 1908)
Kemenangan terbesar
Jerman Jerman 16–0 Rusia Rusia
(Stockholm, Sweden; 1 Julai 1912)
Kekalahan terbesar
England England Amatur 9–0 Jerman Jerman
(Oxford, England; 13 Mac 1909)[3]
Piala Dunia
Kemunculan20 (Kali pertama pada 1934)
Keputusan terbaikJuara (1954, 1974, 1990, 2014)
Piala Eropah
Kemunculan14 (Kali pertama pada 1972)
Keputusan terbaikJuara (1972, 1980, 1996)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan3 (Kali pertama pada 1999)
Keputusan terbaikJuara (2017)

Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman (Jerman: Die deutsche Fußballnationalmannschaft) merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Jerman pada peringkat antarabangsa sejak 1908. Pasukan tersebut ditedbir oleh Persekutuan Bola Sepak Jerman DFB (Deutscher Fußball-Bund) yang telah ditubuhkan pada tahun 1900.

Dari tahun 1950 hingga 1990, pasukan tersebut telah digelar secara tidak rasmi sebagai Jerman Barat kerana sejak Perang Dunia Kedua, DFB beroperasi di Republik Bersekutu Jerman yang pada umumnya digelar Jerman Barat dari 1949 hingga 1990. DFB meneruskan untuk menyenarai pasukan kebangsaan yang kembali diterima oleh FIFA selepas Piala Dunia 1950 dengan mengekalkan semua rekod dan tradisi. Di bawah penguasaan dan pembahagian Kuasa Bersekutu, dua pasukan kebangsaan yang berlainan iaitu Pasukan Saarland (1950–1956) dan Pasukan Jerman Timur (1952–1990) turut diiktiraf oleh FIFA. Kedua-dua buah pasukan tersebut kini telah diserap ke dalam pasukan kebangsaan sekarang, beserta rekod (bilangan penyertaan perlawanan dan penjaring gol). Nama rasmi dan kod "Germany FR (FRG)" telah dipendekkan kembali kepada "Germany (GER)" sejak 1990.

Jerman merupakan salah satu daripada tiga pasukan paling berjaya dalam kejohanan antarabangsa dengan menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga gelaran juara Eropah. Mereka juga merupakan antara pasukan yang paling konsisten kerana bukan sahaja mempunyai gelaran juara dunia dan juara Eropah, malah menjadi naib juara sebanyak tiga kali pada kejohanan Piala Eropah dan empat kali di Piala Dunia termasuk tiga kali mendapat tempat ketiga di Piala Dunia. Jerman Timur memenangi pingat emas Olimpik pada 1976. Jerman merupakan satu-satunya negara yang pernah memenangi Piala Dunia bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

Dalam dua perlawanan lepas di peringkat akhir kejohanan utama iaitu di perlawanan akhir Euro 2008Euro 96 dan Piala Dunia 2002 - pemain yang menjaringkan gol penentuan di peringkat separuh akhir sedar bahawa mereka tidak mempunyai peluang beraksi pada peringkat akhir kerana digantung perlawanan. Andreas Möller pada 1996 dan Michael Ballack pada 2002 menerima kad kuning pada peringkat separuh akhir menentang England dan Korea Selatan masing-masing. Möller menjaringkan gol dalam sepakan penentuan penalti menentang England dan Michael Ballack menjaringkan gol tunggal ketika menentang Korea Selatan.

Staf kejurulatihan pasukan kebangsaan Jerman sekarang ialah ketua jurulatih Joachim Löw, penolong jurulatih Hans-Dieter Flick, jurulatih penjaga gol Andreas Köpke, jurulatih atletik Mark Verstegen dan Oliver Schmidtlein, scout Urs Siegenthaler, pengarah teknikal Matthias Sammer dan pengurus pasukan Oliver Bierhoff.

  1. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 20 Jun 2024. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  2. ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  3. ^ "All matches of The National Team in 1909". DFB. Dicapai pada 2008-08-01.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy