Pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan

 Korea Selatan
GelaranTaegeuk Jeonsa (Pahlawan Taegeuk), Harimau Asia, Si Merah
PersatuanPersatuan Bola Sepak Korea Selatan
Sub-konfederasiEAFF (Asia Timur)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihJürgen Klinsmann
KaptenSon Heung-min
Kaps terbanyakCha Bum-kun
Hong Myung-bo (136)
Penjaring terbanyakCha Bum-kun (58)
Kod FIFAKOR
Kedudukan FIFA 22 1 (20 Jun 2024)[1]
Kedudukan tertinggi FIFA17 (Disember 1998)
Kedudukan terendah FIFA69 (November 2014 – Januari 2015)
Kedudukan Elo 36 4 (21 Jun 2024)[2]
Kedudukan tertinggi Elo15 (Sep 1980, Jun 2002)
Kedudukan terendah Elo59 (Ogos 1967)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
 Korea Selatan 5–3 Mexico Bendera Mexico
(London, England; 2 Ogos 1948)
Kemenangan terbesar
 Korea Selatan 16–0 Nepal Bendera Nepal
(Incheon, Korea Selatan; 29 September 2003)
Kekalahan terbesar
 Korea Selatan 0–12 Sweden Bendera Sweden
(London, England; 5 Ogos 1948)
Piala Dunia
Kemunculan11 (Kali pertama pada 1954)
Keputusan terbaikTempat Keempat (2002)
Piala Asia
Kemunculan16 (Kali pertama pada 1956)
Keputusan terbaikJuara (1956, 1960)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan1 (Kali pertama pada 2001)
Keputusan terbaikPusingan 1 (2001)

Pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan juga dikenali sebagai Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Korea oleh FIFA, merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Republik Korea atau Korea Selatan dalam pertandingan bola sepak antarabangsa. Pasukan ini dikenali sebagai Korea Selatan dan dikenali dengan nama Republik Korea oleh FIFA. Pasukan ini dianggap sebagai pasukan yang paling berjaya di pentas bola sepak Asia.

Sejak berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1948, Korea Selatan berjaya layak sebanyak tujuh kali ke Piala Dunia FIFA. Korea Selatan turut memecahkan rekod jirannya Korea Utara apabila mara ke separuh akhir Piala Dunia FIFA 2002 di bumi sendiri dengan mengejutkan pasukan Portugal, Itali, dan Sepanyol. Pasukan ini memegang rekod selaku pasukan terbaik Asia di pentas Piala Dunia.[3] Sejak itu mereka meningkatkan kemampuan mereka untuk bermain di luar negara dan mampu mencapai Pusingan 16 di Piala Dunia 2010. Mereka juga memenangi dua edisi pertama dari Piala Asia pada tahun 1956 dan 1960, menduduki tempat kedua pada tahun 1972, 1980, dan 1988, dan ketiga pada tahun 2000, 2007, dan 2011.

Pasukan ini biasanya digelar "The Reds" oleh kedua-dua peminat dan media kerana warna kit utama mereka. Ini membawa kepada pembentukan sebuah kumpulan sokongan rasmi disebut sebagai Red Devils pada tahun 1995.

  1. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 20 Jun 2024. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  2. ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  3. ^ (Inggeris) "Korean derby takes centre stage". Fifa.com. 2008-01-20. Dicapai pada 2008-02-07.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy