Paus (mamalia)

Paus
Julat fosil: Eosen - Kini [1]
Paus betul selatan; Eubalaena australis
Paus betul selatan; Eubalaena australis
Pengelasan saintifik
Kumpulan termasuk
Kumpulan tidak termasuk

Paus (Jawi: ڤاءوس) atau ikan paus (Jawi: ايکن ڤاءوس) adalah sekelompok mamalia laut berplasenta akuatik penuh tergolong dalam ordo Setasea melalui lapan keluarga: Balaenopteridae, Balaenidae, Cetotheriidae, Eschrichtiidae, Monodontidae (termasuk beluga dan narwal, Physeteridae, Kogiidae dan Ziphiidae. Meskipun kesemua haiwan ini dinampakkan mempunyai ciri fizikal luar mirip ikan, masih ada ciri-ciri mamalia sepunya lain yang dimiliki:

  • bernafas melalui paru-paru melalui lubang hembus
  • mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa)
  • berdarah panas
  • mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak.
  • mempunyai empat ruang jantung

Paus purba berevolusi pada pertengahan tempoh Eosen, kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu paus terawal yang telah pupus adalah Basilosaurus yang mempunyai kepala kecil bermuncung menonjol dan bergigi. Basilosaurus sepanjang 25 meter panjang.

Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalah Ambulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun.

Pada masa kini, terdapat dua jenis paus iaitu paus Odontoceti paus bergigi, dan paus Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong, dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.

  1. ^ "When whales walked on four legs". www.nhm.ac.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-12.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy