Pelarian

Jumlah pelarian pada 2017[1]
Jumlah penduduk
s. 25.4 juta
(19.9 juta di bawah UNHCR dan 5.4 juta di bawah UNRWA)
Kawasan ramai penduduk
Afrika Sub-Sahara6.236 juta
Eropah dan Asia Utara6.088 juta
Asia Selatan/Timur dan Oceania4.153 juta
Asia Barat dan Afrika Utara2.653 juta
Amerika Utara/Selatan484,261

Pelarian (Jawi: ڤلارين) atau pengungsi (Jawi: ڤڠوڠسي)[2] secara umumnya ialah seseorang yang dipaksa untuk merentasi sempadan antarabangsa dan tidak dapat pulang ke negara atau petempatan asal. Orang tersebut mungkin dirujuk sebagai pencari suaka sehingga mendapat status sebagai pelarian. Jabatan antarabangsa yang menguruskan perlindungan pelarian ialah Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian (UNHCR). Selain itu, pihak PBB juga mempunyai UNRWA, satu jabatan khas untuk menguruskan perlindungan pelarian Palestin.[3] Sebuah hari khas telah diasaskan oleh pihak PBB untuk meningkatkan kesedaran kepada golongan pelarian, iaitu Hari Pelarian Sedunia pada setiap 20 Jun.

"Pelarian" terbitan kata dasar "lari". "Pengungsi" terbitan kata dasar ungsi اوڠسي‎ serapan Kawi usi (Hanacaraka: ꦲꦸꦱꦶ).[4]

  1. ^ "Populations | Global Focus".
  2. ^ "pengungsi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ "UNRWA | United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East". UNRWA. Dicapai pada 2017-08-23.
  4. ^ L. Mardiwarsito; Sri Suksesi Adiwimarta; Sri Timur Suratman (1992). "ungsi". Kamus Indonesia-Jawa Kuno. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 48. ISBN 979-459-361-3.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy