Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam

Peluru berpandu Trident melepasi permukaan air selepas pelancarannya dari kapal selam Tentera Laut AS pada 1984

Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam atau submarine launched ballistic missile (SLBM) merujuk kepada peluru berpandu balistik yang boleh dilancarkan kapal selam dari bawah permukaan air. Jenis-jenis moden biasanya melancarkan pesawat masuk kembali bebas sasar berganda (MIRV) yang setiap satunya membawa kepala peledak nuklear dan membolehkan satu peluru berpandu tunggal yang dilancarkan untuk membedil beberapa sasaran. Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam berfungsi secara berbeza daripada peluru berpandu krus lancaran kapal selam.

Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam moden berkait rapat dengan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), dan dalam banyak keadaan SLBM dan ICBM boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan senjata yang sama.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy