Pemanggangan

Daging panggang Ahad terdiri daripada daging lembu panggang, kentang panggang, sayur, dan puding Yorkshire.

Pemanggangan (Jawi: ڤمڠݢڠن) ialah kaedah memasak yang menggunakan haba kering, baik menerusi nyala api terbuka, ketuhar, mahupun sumber haba yang lain (panggang ڤمڠݢڠ‎), memanggang ممڠݢڠ‎). Ia biasanya menghasilkan pengkaramelan atau pemerangan Maillard pada permukaan makanan, dengan itu dianggap sebagai penambahan rasa. Daging serta kebanyakan sayur berubi dan sayur umbisi boleh dipanggang. Daging, khususnya daging merah, yang dimasak dengan cara ini dikenali sebagai daging panggang.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy