Pemberontakan di Thailand Selatan

Pemberontakan di Thailand Selatan

Wilayah di Thailand Selatan menunjukkan kawasan majoriti Melayu Islam
Tarikh7 November 2004– kini
Lokasi
Thailand Selatan (di 3 wilayah — Pattani, Yala dan Narathiwat)
Status Konflik sedang berjalan
Pihak yang terlibat
Thailand Pergerakan Mujahideen Pattani (BNP)
Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (PULO)
Pergerakan Mujahideen Islam Pattani (GMIP)
Pergerakan Kumpulan Mujahideen Islam Pattani
Barisan Revolusi Kebangsaan (BRN)
Barisan Pembebasan Kebangsaan Pattani (BNPP)
Jemaah Islamiyah (JI)
Kumpulan Kecil Runda (RKK)
Komandan dan pemimpin
Jeneral Anupong Paochinda
Leftenan Jeneral Pichet Wisaijorn
Abhisit Vejjajiva
Wan Kadir Che Wan
Abdullah Sungkar
Kerugian dan korban
155 askar terbunuh[1][2] 1,600 terbunuh
~ 1,500 ditangkap
Jumlah kematian: 3,500+[3]
Jumlah cedera: 6,000+[4]

Pemberontakan di Thailand Selatan merupakan sebuah kempen pemisah, yang bertempat di kawasan Pattani yang didominasi oleh etnik Melayu, sebenarnya terbina daripada tiga daerah paling selatan di Thailand, dengan peningkatan perjuangan yang melimpah ke daerah-daerah lain. Walaupun perjuangan pemisahan ini telah wujud berdekad-dekad di kawasan berkenaan, kempen ini meningkat secara mendadak pada dalam tahun 2004.[5]

Pada bulan Julai 2005 Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, memberikan kuasa lebih besar dengan bertujuan untuk menghapuskan pemberontakan. Pada bulan September 2006, Kommander Tentera, Sonthi Boonyaratkalin diberikan kuasa eksekutif luar biasa untuk melawan pergolakan ini.[6] Tidak lama selepas itu, pada 19 September 2006, Sonthi dan satu juta tentera telah menyingkirkan Thaksin di dalam satu rampasan kuasa. Walaupun isyarat damai daripada junta, pemberontakan masih berlanjutan dan semakin menjadi-jadi. Jumlah kematian, 1,400 pada masa rampasan kuasa, bertambah hingga ke 2,579 pada mid-September 2007.[7] Di sebalik sedikit kemajuan dalam membendung perjuangan, junta telah mengisytiharkan bahawa keselamatan di Thailand selatan semakin baik dan keamanan akan datang ke kawasan berkenan di dalam tahun 2008.[8] Jumlah kematian telah meningkat ke 3,000 di dalam bulan Mac 2008.[9]

Junta tentera mempunyai beberapa bahan bukti bahawa pemberontakan ini telah dibiayai oleh restoran-restoran menjual sup Tom Yam di Malaysia kerana ramai masih berminat di dalam pergerakan itu.[10] Kerajaan Malaysia berhujah dakwaan itu "sama sekali tidak berasas," dan "sangat imaginatif."[11]

Luka lama di Thailand Selatan kembali berdarah sejak 2003 berikutan arahan keras oleh Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra terhadap penduduk Yala, Narathiwat dan Pattani yang militan. Lebih 1500 telah terbunuh.

Penduduk yang merasakan diri mereka tertindas oleh Thailand telah mengangkat senjata dan melakukan pengeboman demi pengeboman. Mereka mahu negara yang merdeka dari pemerintah Thailand.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy