Peminat

Peminat di majlis resepsi di Buenos Aires, Argentina

Peminat (Jawi: ڤمينت) atau penggemar[1][2] (Jawi: ڤڠݢمر) merujuk kepada sesiapa sahaja yang bersemangat menaruh perhatian atau rasa suka amat yakni "meminati" atau "menggemari"[3][4] sesuatu topik seperti kugiran, pasukan dalam sesebuah sukan, karya rekaan atau genre rangkuman karya tersebut, malah juga orang ternama termasuk negarawan. Minat yang sama terhadap benda atau orang tertentu ini mendorong pembentukan suatu lingkungan yang boleh berkembang menjadi lebih besar.

Minat golongan sebegini mendorong mereka mengadakan perjumpaan khusus, berkarya yang menumpu khusus terhadap topik disentuh (misalnya dalam bentuk cereka peminat); serta menulis surat meluahkan kepentingan dan perhatian mereka ataupun mewarwarkan mengenai perkara disukai mereka.

  1. ^ "penggemar". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Ratma Sugihartati (9 Julai 2017). "Penggemar dan Perangkap Kapitalisme". Jawa Pos. Dicapai pada 20 November 2019.
  3. ^ "minat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ "gemar". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy