Pencemaran

Pencemaran udara daripada kilang senjata Perang Dunia II di Alabama, A.S.

Pencemaran, Pengotoran atau Verschmutzung merupakan suatu peristilahan bagi kemasukan bahan-bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga di alam sekitar yang mengakibatkan kesan memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kepenggunaan alam sekitar.[1] [2] [3]

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar(AKAS) 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran ialah perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan yang mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam manusia atau organisma-organisma lain,iaitu tumbuhan dan haiwan.

  1. ^ http://www.ecoconsult.ch/uploads/1144-IEL_Slide4_Pollution-hazwastes.pdf Diarkibkan 2013-10-20 di Wayback Machine Definisi pencemaran
  2. ^ Donovan, R.P. (2001). "1. Introduction". Dalam Donovan, R.P. (penyunting). Contamination-Free Manufacturing for Semiconductors and Other Precision Products. CRC Press. m/s. 1–3. ISBN 9780824703806. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-08. Dicapai pada 2019-07-15.
  3. ^ Ramstorp, M. (2008). "2. Contaminants". Introduction to Contamination Control and Cleanroom Technology. John Wiley & Sons. m/s. 20–26. ISBN 9783527613137. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-08. Dicapai pada 2019-07-15.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy