Pengakuan Iman Nicea

Pengakuan Iman Nicea atau Nicene Creed dalam bahasa Inggeris, merupakan hasil dari persidangan besar ketua-ketua gereja yang berlansung di Nicea pada 325 AD. Dalam mesyuarat ini hal utama yang dibincangkan adalah ajaran seorang pemimpin gereja dari Iskandariah, Mesir, bernama Arius yang mengajarkan bahawa Yesus bukannya Tuhan, tetapi adalah makhlukNya. Menurut Arius, Yesus adalah pesuruh Tuhan yang penting tetapi juga manusia seperti yang lain. (Lihat:Arianisme).

Persidangan Nicea telah menolak ajaran Arius dan menganggapnya sebagai terseleweng dari ajaran Kristian yang benar. Para pemimpin gereja yang hadir dalam persidangan tersebut menegaskan kebenaran kitab Alkitab bahawa Yesus adalah Tuhan, sehakikat dengan Yahweh Bapa. (Lihat:Tritunggal). Persidangan tersebut meringkaskan kepercayaan mereka dalam Pengakuan Iman Nicea yang seperti berikut:


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy