Pengeboman Bali 2002

Pengeboman Bali 2002
Lokasi Kuta, Bali
Sasaran Sari Club, Paddy's Pub, dan Pejabat Konsulat Amerika Syarikat.
Tarikh 12 Oktober 2002 (2002-10-12)
23:05 - 23:15 WITA (UTC +8)
Jenis serangan Bom kereta, Bom bunuh diri
Kematian 202
Cedera 209
Pelaku Jemaah Islamiyah
Peringatan peristiwa pengeboman Bali

Pengeboman Bali berlaku pada 12 Oktober 2002 di bandar Kuta di pulau Bali, Indonesia, mengorbankan 202 orang dan mencederakan 240 yang lain, kebanyakannya merupakan pelancong asing. Insiden serangan bom ini merupakan yang paling teruk dalam sejarah pengganas di Indonesia ekoran jumlah korban yang banyak serta kemusnahan yang diakibatkan daripada letupan bom - bom tersebut.[1][2]

Beberapa rakyat Indonesia telah dijatuhkan hukuman mati di atas peranan mereka dalam pengeboman tersebut, tetapi sebahagian daripada ahli yang bertanggungjawab masih belum dihadapkan ke mahkamah. Mereka yang terlibat mempunyai kaitan dengan gerakan militan Islam bernama Jemaah Islamiyah yang bergiat aktif disekitar nusantara Asia Tenggara, termasuk Filipina dan Selatan Thailand. Tiga daripada mereka telah pun dijatuhi hukuman mati dan beberapa pejuang yang lain samada telah ditangkap atau pun ditembak mati oleh pasukan polis Indonesia. Serangan termasuk ledakan tiga jenis bahan letupan; 8 biji bom paip yang disulam pada vest dan diletupkan oleh seorang pengebom berani mati, sebuah bom kenderaan yang besar serta sebuah lagi peranti kecil yang diledakan diluar kedutaan Amerika Syarikat di Denpasar, Bali. Bahan tersebut cuma mengakibatkan kerosakan kecil dan ia dilaporkan padat dengan najis manusia. Kononnya, sebuah kaset audio kecil dipercayai mengandungi pesanan suara dari Syeikh Osama bin Laden menyatakan bahawa serangan bom Bali adalah sebagai pembalasan langsung keatas sokongan Amerika Syarikat keatas 'War on Terror' serta peranan Australia dalam pemisahan Timor Timur dari Indonesia.

Monumen
Sari Club

Pada 9 November 2008, Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan Huda bin Abdul Haq telah dijatuhi hukuman mati oleh skuad penembak di pusat tahanan kepulauan Nusakambangan, lebih kurang pukul 1215 waktu dinihari.

Pada 9 Mac 2008, Dulmatin yang diberi jolokan sebagai 'Genius' telah mati ditembak oleh pasukan polis Indonesia dalam satu siri pertempuran di Pamulang, Jakarta. Beliau dipercayai sebagai orang yang bertanggungjawab meledakkan salah satu bom di Bali menggunakan telefon bimbit.

Pengakuan Omar Al-Faruq, seorang agen Al-Qaeda di Asia Tenggara telah mengaitkan beberapa pengganas Melayu. Indonesia mula menerima hakikat akan wujudnya pertubuhan pengganas di republik itu. Sebelumnya Indonesia menyangkal akan maklumat risikan yang diberikan oleh negara-negara jirannya tentang keberadaan militan Islam.

Presiden Megawati Sukarnoputri terpaksa melupakan demokrasi apabila terpaksa meluluskan undang-undang anti keganasan yang memberi kuasa menangkap seseorang tanpa bicara sebagaimana Akta Patriot di Amerika Syarikat dan ISA di Malaysia.

Antara yang dikatakan terlibat ialah Abu Bakar Basyir, Hambali @ Riduan Isamuddin, Fathur Rahman Al-Ghozi, Agus Dwikarna, @ Dany dan Omar Al-Faruq.

  1. ^ "Bali death toll set at 202". BBC News. 19 February 2003. Dicapai pada 14 July 2010.
  2. ^ "The Sydney Morning Herald". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 24 November 2015.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy