Pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998

Kesan serangan di kedutaan di Nairobi.

Pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998 merupakan serantaian serangan yang berlaku pada 7 Ogos 1998, yang mana ratusan orang terkorban dalam ledakan bom lori secara serentak di kedutaan-kedutaan Amerika Syarikat di bandaraya-bandaraya utama Africa Timur iaitu Dar es Salaam, Tanzania dan Nairobi, Kenya. Tarikh pengeboman itu merupakan ulang tahun kelapan kedatangan tentera Amerika di Arab Saudi.[1] Serangan-serangan ini dikaitkan dengan ahli-ahli tempatan Jihad Islam Mesir, menarik perhatian orang awam Amerika Syarikat kepada Osama bin Laden dan Ayman al-Zawahiri buat pertama kali, dan mendorong Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat untuk menyenaraikan bin Laden dalam senarai "Paling Dikehendakinya".

  1. ^ Lifting the Veil, May 6, 2006.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy