Pengelasan biologi

Pelbagai peringkat sistem pengelasan saintifik.SpesiesGenusFamiliOrderKelasFilumAlamDomainHidupan
Pelbagai peringkat sistem pengelasan saintifik.

Hierarki pengelasan biologi untuk lapan pangkat taksonomi utama. Pangkat pertengahan tidak ditunjukkan.

Pengelasan biologi atau pengelasan saintifik merupakan kaedah taksonomi saintifik yang digunakan dalam pengumpulan dan pengelasan organisma menerusi kategori organisma seperti genus atau spesis. Golongan kumpulan ini dikenali sebagai taxa (tunggal:takson).

Pengelasan biologi moden diasaskan oleh Carolus Linnaeus, yang mengelompokkan spesies menurut ciri-ciri fizikal yang sama. Pengelompokan ini telah disemak kembali untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang sama (common descent) yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem molekular, yang menggunakan urutan DNA atau analisis bioinformatik telah mendorong kepada penilaian semula taksonomi. Walau bagaimanapun, maklumat molekular cuma merupakan pelengkap atau tambahan kepada sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia digunakan dalam pengelasan saintifik. Pengelasan saintifik dikenal juga sebagai taksonomi sains.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy