Pengguna (pengkomputan)

Dua orang muda menggunakan sesebuah komputer atau perkhidmatan Internet, sebagai "pengguna".

Pengguna (Jawi: ڤڠݢونا) dalam konteks bidang pengkomputan mengkhusus kepada individu yang menggunakan sesebuah komputer atau perkhidmatan berkaitannya secara langsung[1] termasuk mengakses Internet. Para pengguna ini mempunyai akaun pengguna yang mempunyai butiran diri dikenalkan menerusi nama pengguna atau nama skrin. Penggunaan sistem komputer biasanya memerlukan kemasukan atau pendaftaran diri dengan akaun dipegang melalui kata laluan atau butiran pengesahan yang lain bagi tujuan perakaunan, keselamatan, pengelogan, dan pengurusan sumber.

Pengguna juga dicirikan secara meluas sebagai golongan yang menggunakan sistem tanpa kepakaran teknik yang sempurna untuk memahami sistem dengan sepenuhnya. Dalam kebanyakan konteks berkait penggodam, pengguna juga dibahagikan kepada luser dan pengguna kuasa, dengan yang kedua ini melambangkan sikap "tahu akan semua". Lihat juga pengguna akhir (sains komputer).

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "pengguna". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 58. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy