Pengiktirafan antarabangsa Negara Palestin

  Negara Palestin
  Negara yang mengiktiraf Negara Palestin
  Negara yang tidak mengiktiraf Negara Palestin

Pengiktirafan antarabangsa Negara Palestin menjadi matlamat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sejak Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin menuntut penubuhan Negara Palestin pada 15 November 1988 di Algiers, Algeria dalam satu sesi luar biasa di luar persidangan Dewan Kebangsaan Palestin. Pengisytiharan ini disambut dengan baik oleh sebilangan negara dunia,[1] dan sehingga akhir tahun tersebut, 78 buah negara telah menuntut untuk Negara Palestin diiktiraf.[2] Sehingga 3 Ogos 2018, sebanyak 137 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dua negara bukan anggota telah mengiktiraf Negara Palestin. Palestin juga telah menjadi negara pemerhati bukan anggota dalam Perhimpunan Agung PBB sejak lulusnya Resolusi Perhimpunan Agung PBB 67/19 pada November 2012.[3][4]

Sebagai sebahagian daripada cubaan menyelesaikan konflik Israel–Palestin, telah ditandatangani antara PLO dan Israel pada 1993 dan 1995 menghasilkan penubuhan Pihak Berkuasa Palestin (PNA) sebagai sebuah pentadbiran mandiri sementara di Kawasan A dan B Tebing Barat dan Genting Gaza. Selepas pemutusan hubungan Israel daripada Gaza pada 2005, PNA telah menggadakan pilihan raya pada 2006, yang menyaksikan Hamas memperoleh majoriti kerusi kemenangan (74 daripada 132 kerusi). Berikutan konflik fatah–Hamas 2007, PNA telah berpecah dua, dengan Hamas dianggap menguasai Genting Gaza manakala Fatah mengawal Kawasan A dan B Tebing Barat.

Negara-negara yang tidak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara termasuklah: Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea Selatan, Mexico, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat, dan lain-lain. Walaupun negara-negara ini secara umumnya menyokong bentuk penyelesaian dua negara, mereka mengambil ketetapan bahawa pengiktirafan mereka terhadap negara orang Palestin hanya tersyarat pada rundingan langsung antara Israel dan PNA.

  1. ^ Tessler, Mark (1994). A History of the Israeli–Palestinian conflict (ed. 2nd, illustrated). Indiana University Press. m/s. 722. ISBN 978-0-253-20873-6. "Within two weeks of the PNC meeting, at least fifty-five nations, including states as diverse as the Soviet Union, China, India, Greece, Yugoslavia, Sri Lanka, Malta, and Zambia, had recognised the Palestinian state."
  2. ^ United Nations Educational, Scientific; Cultural Organization, Executive Board (12 Mei 1989). "Hundred and thirty-first Session: Item 9.4 of the provisional agenda, Request for the Admission of the State of Palestine to UNESCO as a Member State" (PDF). United Nations. m/s. 18, Annex II. Dicapai pada 15 November 2010. The list contains 92 entries, including a number of states which no longer exist.
  3. ^ United Nations A/67/L.28 General Assembly Diarkibkan 1 Disember 2012 di Wayback Machine. 26 November 2012.
  4. ^ "Palestinians win implicit U.N. recognition of sovereign state". Reuters. 29 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2014. Dicapai pada 29 November 2012.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy