Pengurusan

Pengurusan perusahaan beralih ke sini. Untuk kegunaan dalam rangkaian komputer, sila lihat Pengurusan rangkaian atau Pengurusan sistem.


Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.

Kata kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare (menangani — khususnya, seekor kuda), yang pada dirinya diterbitkan daripada perkataan Latin, manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis, mesnagement (kemudiannya ménagement), telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggeris, management pada abad-abad ke-17 dan ke-18. [1]

Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh. Bandingkanlah dengan Pengawasan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy