Penjaga gol (bola sepak)

Penjaga gol menahan sepakan bola

Kedudukan penjaga gol[1] atau penjaga gawang (bahasa Inggeris: goalkeeper diringkaskan kepada keeper) dalam sukan bola sepak mewakili barisan akhir pertahanan antara serangan lawan dan gol pasukannya di hadapan gawang hujung sisi pasukannya sendiri.

Peranan utama kedudukan ini adalah untuk mempertahankan gol pasukannya dan juga lawan daripada menjaringkan gol. Penjaga juga adalah satu-satunya pemain yang dibenarkan untuk memegang bola dengan tangan atau lengannya dalam permainan terbuka. Setiap pasukan diwajibkan mempunyai satu penjaga gol di padang pada ketika semasa suatu perlawanan berlangsung. Jika penjaga terpaksa keluar disebabkan kecederaan atau dibuang padang, pemain lain mesti mengambil peranan berkenaan, walaupun pasukan tersebut tidak mempunyai penjaga gol gantian/atau sudah menggunakan kesemua penggantian yang diperuntukkan.

Pemegang posisi sering ditandakan dengan kependekan GK pada kad barisan mula, laporan perlawanan, dan sarikata TV; jersi nombor 1 biasanya dikhaskan kepada penjaga gol dalam sesebuah pasukan sekiranya sistem penomboran skuad tidak diazamkan.

  1. ^ "Carian umum perkataan 'Penjaga Gawang' dalam Kamus Bahasa Melayu". Dewan Bahasa dan Pustaka. penjaga (pintu) gol dlm permainan bola sepak dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Contoh-contoh di akhbar:
    • Mohamad Asyramisyanie (17 Oktober 2017). "Peluang terbaik untuk penjaga gol muda". Media Permata. Gadong, Brunei Darussalam. Dicapai pada 13 September 2019. Berita baik kepada semua penjaga gawang tempatan yang berusia di antara enam hingga 16 tahun... Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy