Penjana termoelektrik radioisotop

Penjana thermoelektrik radioisotop (Radioisotope thermoelectric generator, RTG, RITEG) ialah sejenis bateri nuklear yng mengubah haba pereputan dari isotop radioaktif kepada tenaga elektrik. Penjana jenis ini tidak mempunyai bahagian bergerak.

Rajah RTG yang digunakan dalam prob Cassini

RTG telah digunakan sebagai sumber kuasa dalam satelit, prob angkasa, dan fasiliti terpencil seperti rumah api Soviet di dalam garisan arktik. RTG biasanya merupakan punca kuasa terbaik untuk keadaan tanpa pemantauan yang hanya memerlukan beberapa ratus watt(atau kurang) tenaga untuk tempoh masa yang terlalu lama untuk bateri, penjana atau sel bahan api untuk menjana secara ekonomikal dan dimana sel suria tidak praktikal. Keselamatan penggunaan RTG memerlukan penyimpanan radioisotop lama selepas jangka masa produktif unit ttersebut. Kos yang diperlukan untuk RTG menghadkan kegunaannya untuk keperluan khas.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy