Perancangan bandar

Perancangan bandar melakar petempatan, daripada pekan paling kecil sehingga bandar paling besar. Ditunjukkan di sini adalah Hong Kong dari Daerah Barat menghadap Kowloon, seberang Pelabuhan Victoria.

Perancangan bandar (perancangan pekan, bandar, dan perbandaran) adalah proses politik dan teknikal berkaitan dengan kawalan penggunaan tanah dan reka bentuk persekitaran bandar, termasuk jaringan pengangkutan, bagi memandu dan memastikan pembangunan terancang petempatan dan masyarakat. Ia berkait dengan penyelidikan dan analisa, pemikiran strategik, seni bina, reka bentuk bandar, perbincangan dengan awam, cadangan polisi, perlaksanaan dan pentadbiran.[1]

Perancangan boleh dalam pelbagai bentuk termasuk rancangan strategik, pelan menyeluruh, pelan kejiranan, strategi peraturan dan insentif, atau rancangan pengekalan sejarah. Perancang sering juga bertanggung jawab bagi melaksanakan polisi yang dipilih.

Asal perancangan bandar moden terletak pada pergerakan perubahan bandar yang muncul sebagai tindak balas kepada keadaan tidak teratur pada bandar industri pada pertengahan kurun ke-19. Perancangan bandar turut merangkumi pembaharuan bandar, dengan menyesuaikan kaedah perancangan bandar pada bandar sedia ada yang mengalami kemerosotan. Pada akhir kurun ke-20, istilah pembangunan mampan telah menjadi lambang hasil sempurna bagi keseluruhan matlamat perancangan.[2]

  1. ^ Taylor, Nigel (2007). Urban Planning Theory since 1945, London, Sage.
  2. ^ Wheeler, Stephen (2004). "Planning Sustainable and Livable Cities", Routledge; Edisi ke-3.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy