Perang China-Jepun Kedua

Perang Cina-Jepun Kedua
Sebahagian daripada Perang Dunia II
Peta yang menunjukkan takat penguasaan Jepun pada tahun 1940
Peta yang menunjukkan takat penguasaan Jepun pada tahun 1940
Tarikh7 Julai 19379 September 1945
Lokasi
Keputusan Kemenangan China;
Empayar Jepun menyerah diri dalam Perang Dunia ke-2
Perubahan
wilayah
Pengambilan balik Manchuria(Timur-Laut) and Taiwan & Pescadores oleh China
Pihak yang terlibat
Flag of the Republic of China Republik China Empayar Jepun
Komandan dan pemimpin
Chiang Kai-shek,
Chen Cheng,
Yan Xishan,
Feng Yuxiang,
Li Zongren,
Xue Yue.
Hideki Tojo,
Matsui Iwane,
Jiro Minami,
Kesago Nakajima,
Toshizo Nishio,
Yasuji Okamura.
Kekuatan
5,600,000 askar 4,100,000 askar (termasuk 900,000 askar Pihak Berikat) [1]
Kerugian dan korban
3,200,000 tentera,
17,530,000 orang awam
2,100,000 askar

Perang China-Jepun Kedua (7 Julai 1937–9 September 1945) atau juga dikenali sebagai Perang Menentang Jepun ialah perang utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia kedua. Walaupun kedua-dua pihak telah menyerang satu sama lain, mulai dari tahun 1931, perang telah berlaku secara besar-besaran pada tahun 1937 dan hanya diakhiri dengan penyerahan Jepun pada tahun 1945. Pencerobohan ini dirancang Tentera Empayar Jepun dengan tujuan untuk menguasai China.

Sebelum tahun 1937, kedua-dua pihak telah melancarkan serangan yang digelar "peristiwa." Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali sebagai "Peristiwa Mukden". 'Peristiwa' terakhir pada tahun 1937 yang dikenali sebagai Peristiwa Jambatan Marco Polo menandakan permulaan peperangan antara kedua-dua negara. Sejak dari tahun 1937 hingga tahun 1941, China melawan tanpa bantuan. Selepas Serangan Pelabuhan Mutiara, perang ini menjadi salah satu medan utama dalam Perang Dunia II. Malah, ia perang terbesar bergolak di benua Asia terakam sepanjang abad kedua puluh dari segi skala.[2]

  1. ^ Jowett, Phillip, Rays of the Rising Sun, m.s. 72.
  2. ^ The Second Sino-Japanese War (1937-1945)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy