Perang saudara

Selepas Pertempuran Gettysburg 1863 (Perang Saudara Amerika)

Perang saudara ialah perang antara dua kumpulan teratur dalam satu negara. Perang ini kebanyakannya disebabkan oleh pergolakan politik. Matlamat satu pihak adalah bagi mengambil alih kuasa negara walaupun wilayah, bagi mencapai kemerdekaan sesuatu wilayah, atau bagi menukar polisi kerajaan.[1] Ia merupakan konflik amat ganas, sering kali membabitkan tentera tetap, yang dikekalkan, disusun dan berskala besar. Perang saudara seringkali menghasilkan jumlah besar korban dan memakan sejumlah besar sumber.[2]

Perang saudara sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua telah berlangsung secara puratanya selama empat tahun lebih sedikit, peningkatan dramatik dari purata setahun setengah pada tempoh 1900-1944.

  1. ^ James Fearon, "Iraq's Civil War" Diarkibkan 2007-03-17 di Wayback Machine in Foreign Affairs, Mac/April 2007. Untuk perbincangan lanjut mengenai pengelasan perang saudara, lihat bahagian "Takrifan".
  2. ^ Ann Hironaka, Neverending Wars: The International Community, Weak States, and the Perpetuation of Civil War, Harvard University Press: Cambridge, Mass., 2005, m/s. 3, ISBN 0-674-01532-0

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy