Perdana Menteri Australia

Perdana Menteri
Australia
Lambang Komanwel
Penyandang
Anthony Albanese
sejak 23 Mei 2022
Kerajaan Australia
Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet
GelaranYang Berhormat
Perdana Menteri
Anggota bagiCabinet of Australia (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Lapor kepadaParlimen
Bidang kuasaAustralia Sunting nilai ini di Wikidata
InstitusiAustralian Government (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Kediaman
PusatCanberra (utama)
Sydney (kedua)
Dilantik olehGabenor Jeneral Australia
Tempoh jawatanAtas perkenan baginda
Penjawat sulungEdmund Barton
Dibentuk1 Januari 1901
Gaji$507,338 (AUD)
Tapak webpm.gov.au
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jawatan Perdana Menteri (bahasa Inggeris: Prime Minister) adalah jawatan yang paling berkuasa di Australia. Perdana Menteri adalah ketua negara dan bertugas di bawah arahan Gabenor Jeneral. Biasanya perdana menteri adalah pemimpin dari parti politik terkuat di Australia.

Jawatan perdana menteri yang dilantik secara rasmi oleh gabenor jeneral adalah berlandaskan amalan sistem Westminster dan tidak tersurat dalam perlembagaan Australia. Ahli politik yang hendak menjadi perdana menteri haruslah meraih keyakinan daripada sebahagian besar Dewan Perwakilan. Oleh itu, perdana menteri selalunya ialah ketua parti atau campuran parti majoriti. Tiada tempoh tetap atau had penggal, sebaliknya khidmat berakhir apabila partinya kalah dalam pilihan raya ataupun dia sendiri dilucutkan atau melepaskan jawatan kepimpinan parti.

Kuasa eksekutif secara rasmi terletak pada raja dan dilaksanakan oleh gabenor jeneral atas nasihat daripada menteri-menteri yang dicalonkan oleh perdana menteri dan membentuk Majlis Eksekutif Persekutuan (Federal Executive Council). Menteri-menteri yang paling kanan membentuk kabinet persekutuan yang dipengerusikan oleh perdana menteri. Perdana menteri juga mengetuai Kabinet Kebangsaan (National Cabinet, berbeza dari kabinet persekutuan) dan Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan (National Security Committee). Sokongan pentadbiran dibekalkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan kabinet Department of the Prime Minister and Cabinet. Perdana menteri mempunyai dua kediaman rasmi, iaitu The Lodge di Canberra dan Kirribilli House di Sydney, di samping sebuah pejabat di Parliament House.

Perdana menteri pertama Australia ialah Edmund Barton yang mengambil jawatan pada 1 Januari 1901 ekoran terbentuknya Persekutuan Australia. Yang paling lama berkhidmat ialah Robert Menzies yang bertugas selama 18 tahun, dan yang paling singkat pula ialah Frank Forde yang bertahan selama satu minggu sahaja. Tidak diperuntukkan susunan penggantian dalam undang-undang, tetapi mengikut resam, gabenor jeneral akan melantik Timbalan Perdana Menteri untuk memimpin kerajaan sementara sekiranya berlaku kekosongan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy