Perebusan

Turkish coffee beginning to boil. Decoction compares to brewing coffee through percolation.

Perebusan (Tulisan Jawi: ڤربوسن) ialah kaedah pengekstrakan dengan mendidihkan bahan herba atau tumbuhan untuk melarutkan kimia bahan, yang mungkin termasuk batang, akar, kulit dan rizom tumbuhan itu. Merebus boleh melibatkan pelecekan bahan tumbuhan untuk membolehkan pelarutan maksimum, dan kemudian dididih di dalam air untuk mengeluarkan minyak pati, sebatian organik meruap dan pelbagai bahan kimia lain. Perebusan boleh digunakan untuk membuat teh herba, teh daun, kopi, tinktur dan larutan yang serupa.[1] Perebusan dan penyeduhan boleh menghasilkan cecair dengan sifat-sifat kimia yang berbeza kerana suhu dan/atau perbezaan penyediaan kerana lebih banyak bahan kimia yang terlarut minyak dalam rebusan berbanding seduhan. Proses ini juga boleh digunakan untuk daging dan sayuran untuk menyediakan bouillon atau pati,[2] walaupun istilah ini biasanya hanya digunakan untuk menggambarkan ekstrak tumbuhan rebus, biasanya untuk tujuan perubatan atau saintifik.

Rebusan pula ialah nama untuk cecair yang dihasilkan. Walaupun kaedah pengekstrakan ini berbeza dari penyeduhan dan penurasan, cecair yang dihasilkan kadang-kadang mempunyai kesan, penampilan umum atau rasa yang serupa.

  1. ^ Biology-online.org
  2. ^ Courtine, Robert J.; dll., penyunting (1988) [French edition published 1984]. Larousse Gastronomique (ed. English). m/s. 362. ISBN 0-600-32390-0.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy