Perlembagaan Jepun

Perlembagaan Jepun (Shinjitai: 日本国憲法 Kyūjitai: 日本國憲法, Nihon-Koku Kenpō) merupakan dokumen perundangan asas Jepun semenjak 3 Mei tahun 1947, sebagai perlembagaan baru Jepun selepas perang yang memperuntukkan Sistem kerajaan berparlimen serta menjamin beberapa hak-hak asasi tertentu. Syaratnya, Maharaja Jepun adalah "lambang Negara dan perpaduan rakyat" serta memainkan peranan adat istiadat sahaja tanpa memiliki kedaulatan. Perlembagaan yang juga dikenali dengan jolokan Perlembagaan Selepas Perang atau "Perlembagaan Damai" (平和憲法, Heiwa-Kenpō), juga terkenal sekali kerana penolakan hak untuk melancarkan perang seperti yang dinyatakan oleh Perkara 9, serta sedikit sebanyak juga memperuntukkan kedaulatan rakyat secara de jure berhubung dengan sistem beraja.

Perlembagaan ini digubal ketika Jepun diduduki oleh Pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua dengan tujuan menggantikan sistem raja mutlak berfahaman ketenteraan dan sistem monarki mutlak dengan sistem demokrasi liberal. Semenjak penerimaannya, Perlembagaan Jepun berupa dokumen tetap yang tidak dilakukan apa-apa pindaan pun semenjak penyusunannya.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy