Perpustakaan

Perpustakaan Julio Pérez Ferrero - Cúcuta, Colombia
Bangunan perpustakaan di Kota Damansara, Selangor, Malaysia

Perpustakaan ([pĕr.pus.ta.ka.an]) atau kutubkhanah ([ku.tub.kha.nah]) serta pusat sumber ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (pemerintahan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah Perpustakaan Kongres.[1]

Istilah perpustakaan terbitan kata dasar pustaka ڤوستاک‎ (ejaan lama ڤستاک‎) bermaksud "buku" atau "kitab"[2] serapan bahasa Sanskrit पुस्तक pustaka;[3] penungkapan ini menyuaigunakan kelaziman menyimpan banyak salinan karya babad istana dan sesurat Jawa lain diatur kerabat-kerabat diraja besar yang memerintah dalam pulau tersebut.[4]

  1. ^ Statistics - The Library of Congress is the largest library in the world, with more than 158 million items on approximately 838 miles of bookshelves.
  2. ^ "pustaka". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 872. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 153–154. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]
  4. ^ Proudfoot, Ian (2002). "From recital to sight-reading: The silencing of texts in Malaysia". Indonesia and the Malay World. 30 (87): 117–144. doi:10.1080/1363981022000005253.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy