Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia
ڤرڤوستاكأن نڬارا مليسيا
Maklumat umum
JenisPerpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan1956, 1966 Sunting ini di Wikidata
No. telefon+603-2687 1700 Sunting ini di Wikidata
Laman sesawangwww.pnm.gov.my Sunting ini di Wikidata
Anggota bagi
Senarai:
Komuniti GLAM Labs Antarabangsa, Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
Ketua pengarah Sunting ini di WikidataSalasiah Abdul Wahab Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Map
Perpustakaan Negara Malaysia is located in Bumi
Perpustakaan Negara Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia (Bumi)
Koordinat3°10′13.325″N 101°42′40.345″E / 3.17036806°N 101.71120694°E / 3.17036806; 101.71120694
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
LokasiJalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, 50572
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perpustakaan Negara Malaysia (atau PNM) (Jawi: ڤرڤوستاکاءن نݢارا مليسيا) ialah agensi yang bertanggungjawab menyimpan koleksi khazanah ilmu di peringkat kebangsaan untuk generasi masa kini dan masa hadapan. PNM telah ditubuhkan pada tahun 1966. Ketika itu, PNM hanyalah sebuah unit di bawah Arkib Negara yang berperanan kecil untuk melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 dan penerbitan Bibliografi Negara Malaysia. Perpustakaan Negara mula membuka Bahagian Rujukan kepada orang awam selepas Akta Perpustakaan Negara 1972 diluluskan.

Projek pembinaan bangunan PNM dimulakan pada 1978 di Jalan Tun Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangunan PNM mencerminkan keperibadian Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu sementara konsep minda pula mempengaruhi seni bina dalaman. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. Bangunan ini siap dibina dan dirasmikan pada tahun 1992.

PNM kini mempunyai 500 orang kakitangan dan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah iaitu YBrs. Maizan binti Ismail dan seorang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Encik Rahman Bin Sudin (Menanggung Kerja).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy