Pertempuran Dunkirk

Pertempuran Dunkirk
Sebahagian daripada Pertempuran Perancis dalam Perang Dunia II

Peta Fall Gelb dari 21 Mei hingga 4 Jun, 1940
Tarikh26 Mei – 4 Jun 1940
Lokasi
Dunkirk, Perancis
Keputusan kemenangan di pihak Jerman
Perubahan
wilayah
Tentera Bersekutu disingkir dari Dunkirk. Pihak Bersekutu berundur ke Britain.
Pihak yang terlibat
 United Kingdom
 Kanada[1]
Perancis Perancis
Poland Poland
 Belgium
 Belanda[2]
 Jerman Nazi
Komandan dan pemimpin
United Kingdom Lord Gort
Perancis Maxime Weygand
Perancis Georges Blanchard
Perancis René Prioux
Perancis J. M. Abrial[3]
Jerman Nazi Gerd von Rundstedt
Jerman Nazi Ewald von Kleist (Panzergruppe von Kleist)
Kekuatan
sekitar 400,000 anggota
338,226 diundurkan[4]
sekitar 800,000 anggota
Kerugian dan korban
  • Britain
    68,111 terbunuh, tercedera atau ditawan (~3,500 terbunuh)
    63,879 kenderaan termasuk kereta kebal dan motorsikal
    2,472 meriam lapangan
    6 pembinasa
    lebih 200 kapal laut
    lebih 100 kapal terbang[5][6]
  • Perancis
    Bilangan terbunuh dan tercedera tidak diketahui
    48,000 ditawan
    3 pembinasa[7][8]
  • (Anggaran)
    20,000 terbunuh atau tercedera
    100 kereta kebal
    156 pesawat terbang[9]
  • Korban awam: 1,000 orang awam terbunuh semasa serangan udara

    Pertempuran Dunkirk adalah operasi ketenteraan yang berlangsung di Dunkerque (Dunkirk), Perancis, semasa Perang Dunia Kedua di antara pihak Bersekutu dan Jerman Nazi. Sebagai sebahagian daripada Pertempuran Perancis di Perbatasan Barat, Pertempuran Dunkirk merupakan pertahanan dan pemindahan ke Britain oleh tentera British dan pasukan Bersekutu lain di Eropah dari 26 Mei hingga 4 Jun 1940.

    Selepas Perang Olok-Olok, Pertempuran Perancis berlangsung bersungguh-sungguh pada 10 May 1940. Disebelah timur, Kumpulan Tentera B Jerman menyerang Belanda dan mara ke arah barat. Sabagai tindak balas, Pemerintah Tertinggi Berikat yang dipangku Jeneral Perancis Maurice Gamelin memulakan "Pelan D" dan memasuki Belgium bagi menentang Jerman di Belanda. Rancangan ini banyak bergantung pada perkubuan Barisan Maginot sepanjang sempadan Jerman-Perancis, tetapi angkatan Jerman telah melintasi Belanda sebelum pasukan Perancis tiba. Gamelin sebaliknya menumpukan pasukan di bawah pemerintahannya, tiga tentera berjentera, Tentera Perancis Pertama dan Tentera Ketujuh dan Tentera ekspedisi British (British Expeditionary Force-BEF), pada Sungai Dyle. Pada 14 Mei, Kumpulan Tentera A Jerman menyerbu melalui Ardennes dan maju dengan pantas ke sebelah barat ke arah Sedan, dan berpaling ke arah utara ke Selat Inggeris, dalam apa yang digelar oleh Jeneral Erich von Manstein sebagai "Libasan Sabit" (dikenali sebagai "Pelan Kuning" atau Rancangan Manstein), secara berkesan menghimpit rusuk Tentera Bersekutu.[10]

    Satu siri serangan balas daripada pihak Berikat-termasuk Pertempuran Arras-gagal memutuskan barisan hadapan Jerman, yang tiba ke pantai pada 20 Mei, memisahkan Tentera Ekspedisi British (BEF) berhampiran Armentières, Tentera Pertama Perancis, dan Tentera Belgium jauh ke utara dari majoriti tentera Perancis di selatan pasukan Jerman. Selepas tiba ke Selat British, tentera Jerman berpaling ke utara di sepanjang pantai, mengancam untuk menawan pelabuhan dan memerangkap tentera British dan Perancis sebelum mereka boleh berundur ke Britain.

    Dalam salah satu keputusan yang paling dibahaskan hangat diperbahaskan, tentera Jerman menghentikan kemaraan mereka di Dunkirk. yang dikenali sebagai "Perintah Berhenti" tidak datangnya dari Adolf Hitler, sepertimana ramai yang percaya tetapi daripada Marsyal Tentera Darat Gerd von Rundstedt dan Günther von Kluge yang mencadangkan bahawa angkatan Jerman sekitar poket Dunkirk patut menghentikan kemaraan mereka ke pelabuhan dan bergabung, untuk mengelakkan tentera Bersekutu lolos keluar. Hitler mengesahkan perintah itu pada 24 Mei dengan sokongan daripada Oberkommando der Wehrmacht (OKW). Pihak tentera akan berhenti selama tiga hari, yang memberi masa yang mencukupi pada pihak Berikat untuk mengaturkan Pengunduran Dunkirk dan membina garis pertahanan. Disebalik anggaran suram keadaan pihak Berikat, dengan Britain turut membincangkan penyerahan bersyarat kepada pihak Jerman, pada akhirnya lebih daripada 330,000 tentera Berikat telah diselamatkan.[11]

    1. ^ Castellow, Ellen. "Evacuation of Dunkirk"
    2. ^ "Dunkirk Evacuation". Encyclopædia Britannica World War II. Dicapai pada 9 Januari 2016.
    3. ^ "HyperWar: The War in France and Flanders 1939–1940 [Chapter XII]".
    4. ^ "Operation Dynamo, the evacuation from Dunkirk, 27 May–4 June 1940". Rickard, J – Military History Encyclopedia on the Web. 16 Februari 2008. Dicapai pada 5 Disember 2016.
    5. ^ "Evacuation of Dunkirk: Miracle on the Channel".
    6. ^ "The Battle for France and the Dunkirk Evacuation May–June 1940". guidedbattlefieldtours.co.uk.
    7. ^ "Dunkirk facts & figures". BBC.
    8. ^ "Timeline of the Dunkirk Evacuation (May 27th, 1940 - June 4th, 1940)".
    9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama historytoday.com
    10. ^ MacDonald 1986, p. 8.
    11. ^ Frieser 2005, pp. 291–92.

    From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

    Developed by Tubidy