Pertempuran Mogadishu (1993)

Pertempuran Mogadishu
Sebahagian daripada Operasi Gothic Serpent

Super Six-Four, salah satu Black Hawk yang akan ditembak jatuh di atas bahagian Mogadishu
Tarikh3–4 Oktober 1993 (03-10-1993 – 04-10-1993)
Lokasi
Mogadishu, Somalia
Keputusan Kemenenangan pirhik taktikal AS/PBB[1][2][3]
Kemenangan strategik SNA
Pihak yang terlibat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB
 Amerika Syarikat
 Malaysia
 Pakistan
Pakatan Harapan Somalia
Al-Qaeda (didakwa)
Komandan dan pemimpin
Mohamed Farrah Aidid
Kekuatan
  • 160 bilangan awal
  • ~3,000 anggota penyelamat
  •  
  • 19 pesawat
  • 16 helikopter
  • 9 kenderaan utiliti
  • 3 trak berat
2,000–4,000
Kerugian dan korban
  • Amerika Syarikat:
  • 19 terbunuh, 73 cedera
  • 1 ditangkap
  • 2 helikopter jatuh, 3 helikopter rosak
  • Malaysia:
  • 1 terbunuh, 7 cedera
  • Pakistan:
  • 1 terbunuh, 2 cedera

Pertempuran Mogadishu (Bahasa Inggeris: Battle of Mogadishu; Bahasa Somali: Maalintii Rangers; harfiah. "Hari Para Renjer"), juga dikenali sebagai insiden Black Hawk Down (Black Hawk Jatuh), serta sebagai Pertempuran Pasar Bakara di Malaysia, ialah sabahagian daripada Operasi Gothic Serpent. Pertempuran ini berlaku pada 3–4 Oktober 1993, di Mogadishu, Somalia, antara pasukan tentera Amerika Syarikat — yang disokong oleh UNOSOM II — dan militia Somalia yang setia kepada panglima perang Mohamed Farrah Aidid. Pertempuran itu ialah sebahagian dari Perang Saudara Somalia yang lebih luas yang semakin memanas sejak 1991 dan mengancam krisis kebuluran; Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah bertekad untuk memberikan bantuan makanan tetapi akhirnya mengalihkan misi mereka untuk menegakkan demokrasi dan mengembalikan pemerintahan yang aman.

Individu diketahui merupakan sebagai penghalang ialah Aidid kerana beliau enggan bekerjasama dengan PBB. Renjer Pasukan Petugas Amerika dihantar untuk merampas dua orang leftenan eselon tinggi Aidid semasa pertemuan di bandar itu. Matlamat operasi itu tercapai, walaupun itu ialah kemenangan Pyrrhic dan keadaan semakin terarah ke Pertempuran Mogadishu yang berdarah. Operasi awal pada 3 Oktober 1993, yang dimaksudkan telah berlangsung selama satu jam, menjadi operasi yang buntu dan penyelamatan semalaman sehingga jam siang pada 4 Oktober 1993.

Serangan itu dirancang untuk merangkumi fasa udara dan darat. Semasa misi sedang berjalan, pasukan Somalia menembak jatuh dua buah helikopter Sikorsky UH-60 Black Hawk Amerika Syarikat menggunakan RPG-7. Pertahanan yang terdesak terhadap helikopter yang dijatuhkan bermula dan juga dilakonkan semula secara dramatik dalam filem 2001 Black Hawk Down. Pertempuran berlangsung sepanjang malam untuk mempertahankan mangsa nahas termasuk memasukkan dua orang komando penembak tepat yang akan dianugerahkan Medal of Honor. Pada waktu pagi, sebuah konvoi berperisai UNOSOM II bertempur menuju ke lokasi nahas helikopter lalu menyebabkan korban nyawa yang lebih lanjut tetapi akhirnya berjaya menyelamatkan mereka yang masih terselamat.

Korban termasuk 19 orang askar Amerika Syarikat yang maut dan 73 yang cedera dengan pasukan Malaysia mengalami satu kematian dan tujuh cedera dan pasukan Pakistan mengalami satu kematian dan dua cedera. Terdapat antara 315 dan 2,000 korban di pihak Somalia. Pertempuran itu mengubah dasar luar Amerika Syarikat dan akhirnya menarik diri daripada misi PBB. Pengunduran Amerika Syarikat itu diejek oleh Al-Qaeda yang mungkin bertanggungjawab atas latihan dan pejuang yang menjatuhkan helikopter-helikopter Amerika Syarikat. Selepas pertempuran itu, mayat askar Amerika yang ditawan diseret ke jalanan oleh militia Somalia lalu ditunjukkan di televisyen Amerika Syarikat — yang kemudian menuai protes orang ramai. Ketakutan akan pertempuran berulang disebut sebagai alasan keengganan Amerika Syarikat untuk terlibat lebih lanjut di rantau ini dan mungkin telah mempengaruhi keputusan pentadbiran Bill Clinton untuk tidak campur tangan dalam genosid Rwanda.

  1. ^ Cassidy (Ph.D.), Robert M. (2004). Peacekeeping in the Abyss: British and American Peacekeeping Doctrine and Practice After the Cold War [Peacekeeping in the Abyss: Doktrin dan Amalan Penjaga Damai Britain dan Amerika Syarikat Selepas Perang Dingin] (dalam bahasa Inggeris). Greenwood Publishing Group. m/s. 157. ISBN 978-0-275-97696-5.
  2. ^ Karcher, Timothy (2004), Understanding the "Victory Disease," From the Little Bighorn to Mogadishu and Beyond (Global War on Terrorism, Occasional Paper 3) [Memahami "Penyakit Kemenangan," Dari Little Bighorn hingga Mogadishu dan Seterusnya (Perang Global Mengganas, Occasional paper 3)] (dalam bahasa Inggeris), Fort Leavenworth, Kansas: Combat Studies Institute Press, m/s. 34, ISBN 9781428910522, The Battle of the Black Sea was a tactical victory for TF Ranger, but a Pyrrhic one at best. It had gone into Aideed’s stronghold, captured two of his top lieutenants and numerous other subordinate clan leaders, and then withdrew with relatively light casualties considering the odds it faced. The Somalis, though, had suffered greatly as a result of the battle, with US military firepower inflicting an estimated 1,000 casualties, with at least 500 dead. Whether it may have been a victory at the tactical level, this battle signaled a failure at the strategic level of war.
  3. ^ Bowden, Mark. dkekek date=1 April 2010 Black Hawk Down: A Story of Modern War Check |url= value (bantuan) [Black Hawk Jatuh: Sebuah Kisah tentang Perang Moden] (dalam bahasa Inggeris). Grove/Atlantic, Incorporated. m/s. 348. ISBN 978-1-55584-604-6. Missing pipe in: |url= (bantuan)
  4. ^ "Anatomy of a Disaster" [Anatomi sebuah Malapetaka]. Time (dalam bahasa Inggeris). 18 Oktober 1993. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2008. Dicapai pada 19 Januari 2008.
  5. ^ Human Rights Developments, (dalam bahasa Inggeris) Dicapai pada 10 November 2009.
  6. ^ "Interviews – Captain Haad | Ambush in Mogadishu | FRONTLINE" (dalam bahasa Inggeris). PBS. 3 Oktober 1993. Dicapai pada 25 Ogos 2013.
  7. ^ Bowden, Mark (16 November 1997). "Black Hawk Down: A defining battle" [Black Hawk Jatuh: Sebuah pertempuran yang menentukan]. The Philadelphia Inquirer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2007. Dicapai pada 25 Jun 2007.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy