Pertubuhan Kebangsaan Perak

Pertubuhan Kebangsaan Perak
PengasasPanglima Bukit Gantang
Ditubuhkan4 October 1953
Dibubarkan1959
Ibu pejabatIpoh, Perak
IdeologiKenegerian
Penggabungan kebangsaanParti Negara - NAP

Pertubuhan Kebangsaan Perak (Bahasa Inggeris: National Association of Perak) atau NAP merupakan sebuah parti politik bercorak kenegerian atau terhad kepada penduduk negeri Perak sahaja. Pengasas parti ini ialah Dato' Panglima Bukit Gantang.[1] Beliau merupakan bekas Menteri Besar Perak. NAP bekerjasama dengan kedua-dua parti yang diasaskan Dato' Onn Jaafar, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan Parti Negara[1]. Ini dibuktikan dalam Pilihan raya perundangan persekutuan Malaya 1955 di mana Parti Negara tidak bertanding di Perak. Pertubuhan Kebangsaan Perak menukar nama yang baru kepada Parti Demokratik Kebangsaan Perak sebelum dibubarkan pada 1959[1].


From Wikipedia, the free encyclopedia ยท View on Wikipedia

Developed by Tubidy