Pertubuhan Maritim Antarabangsa

Pertubuhan Maritim Antarabangsa
Kerangka
KependekanIMO
Jenis/bentuk sahAgensi PBB
Status undang-undangaktif
IndustriPengangkutan air Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Rusia Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.imo.org
Facebook: IMOHQ Twitter: imohq Instagram: imo_hq LinkedIn: international-maritime-organization Youtube: UCoQbQE-aEhVBywNRB-XsHOQ Flickr: imo-un Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk1959
Pengurusan
PengerusiArsenio Antonio Dominguez Velasco Sunting ini di Wikidata
KetuaYunani Efthimios E. Mitropoulos
Lokasi
Bendera IMO
Ibu pejabatUnited Kingdom London, United Kingdom
Koordinat51°29′24.36″N 0°7′21.72″W Sunting ini di Wikidata
Catatan kaki
Sebelumnya dikenali sebagai Pertubuhan Penasihat Maritim Antara Kerajaan (Inter-Governmental Maritime Consultive Organization)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Keanggotaan dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa
  Negara ahli
  Ahli bersekutu
  Calon ahli
Ibu Pejabat IMO di London, United Kingdom.

Pertubuhan Maritim Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Maritime Organization) (IMO), sebelumnya dikenali sebagai Pertubuhan Penasihat Maritim Antara Kerajaan (Inter-Governmental Maritime Consultive Organization) telah ditubuhkan di Geneva pada tahun 1948,[1] dan mesyuarat pertamanya diadakan pada tahun 1959. Nama IMCO diubah kepada IMO pada tahun 1982.[2]

Beribu pejabat di London, United Kingdom, IMO merupakan sebuah agensi khusus PBB dengan 168 negara ahli dan 3 ahli bersekutu.[2] Tujuan utama penubuhan IMO ialah untuk membangun dan mendukung rangka kerja kawal selia yang komprehensif untuk perkapalan dan antara bidang kuasanya hari ini termasuk isu keselamatan, kesedaran alam sekitar, hal ehwal undang-undang, kerjasama teknikal, keselamatan maritim dan kecekapan perkapalan. IMO ditadbir oleh satu badan perhimpunan dan diuruskan pembiayaannya oleh sebuah majlis yang dipilih dari badan perhimpunan. Pertubuhan lain dalam PBB boleh menjadi pemerhati kepada perjalanan IMO, dan status pemerhati juga diberi kepada pertubuhan bukan kerajaan yang layak. IMO disokong oleh sebuah sekretariat tetap pekerja-pekerja yang merupakan perwakilan kepada ahli-ahlinya. Sekretariat ini terdiri daripada seorang Setiausaha Agung yang dipilih oleh badan perhimpunan, dan beberapa bahagian seperti yang berkaitan dengan keselamatan marin, perlindungan alam sekitar, dan sebuah seksyen persidangan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy