Piala Dunia FIFA 2010

Piala Dunia FIFA 2010
2010 FIFA World Cup
Logo rasmi Piala Dunia FIFA 2010
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Afrika Selatan
Tarikh11 Jun - 11 Julai
Pasukan32 (dari 6 konfederasi)
Tempat10 (di 9 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Sepanyol (Kejuaraan Ke-pertama)
Naib Juara Belanda
Tempat Ketiga Jerman
Tempat Keempat Uruguay
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan64
Jaringan gol145 (2.27 per perlawanan)
Kehadiran3,178,856 (49,670 per perlawanan)
Penjaring terbanyakJerman Thomas Müller
Sepanyol David Villa
Belanda Wesley Sneijder
Uruguay Diego Forlán
(5 gol)[1]
2006
2014

Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan bola sepak antarabangsa terulung di dunia. Ia telah berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan. Inilah kali pertama kejohanan ini dianjurkan di sebuah negara Afrika, setelah Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan yang melibatkan kesemua calonnya dari Afrika.

Kejohanan ini menyaksikan 736 pemain mewakili 32 pasukan yang merebut Piala Dunia dalam perlawanan yang diadakan di sepuluh buah stadium di seluruh Afrika Selatan. Pasukan-pasukan yang layak dipilih melalui proses kelayakan yang bermula pada Ogos 2007.

Kejohanan bermula pada 11 Jun dari peringkat kumpulan, di mana 32 pasukan yang layak dibahagikan kepada lapan kumpulan bergilir-gilir bertanding untuk merebut mata, iaitu dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan mara ke pusingan kedua. 16 pasukan itu mara ke peringkat kalah mati ulai 26 Jun, yang mana perlawanan yang bermarkah seri selepas tempoh biasa terpaksa dikenakan masa tambahan, dan juga sepakan penalti jika perlu, sehinggalah Perlawanan Akhir Piala Dunia, yang berlangsung pada 11 Julai di stadium Soccer City di Johannesburg.

Kejohanan ini dimenangi oleh Sepanyol yang menumpaskan finalis kali ketiga, Belanda 1–0 selepas masa tambahan, hasil jaringan Andrés Iniesta yang mengurniakan kejuaraan pertama bagi negara Sepanyol. Pasukan Afrika Selatan menjadi pasukan tuan rumah pertama yang tersingkir di peringkat kumpulan sepanjang sejarah penganjuran Piala Dunia; tidak lupa juga juara bertahan Itali dan bekas naib juara Perancis yang berentap di perlawanan akhir empat tahun lalu, turut tersingkir di pusingan pertama, manakala pasukan-pasukan terulung dari Argentina, Brazil dan Jerman terkeluar di peringkat kalah mati.

Kejohanan tahun 2010 ini menandakan kali pertama sebuah pasukan Eropah menjuarai kejohanan Piala Dunia yang dilangsungkan di luar benua tersebut, dan juga kali pertama dua pasukan Eropah berbeza berturut-turut menjuarai kejohanan. Kemenangan Sepanyol turut menambah bilangan negara juara Piala Dunia kepada lapan.

  1. ^ "Golden Boot". FIFA. Dicapai pada 10 Julai 2010.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy