Piala Sudirman

Piala Sudirman
Musim ini, persaingan atau edisi:
Current sports event Piala Sudirman 2023
SukanBadminton
Ditubuhkan1989
Juara lalu China (13 Gelaran)
Juara terbanyak China (Gelaran ke-13)
Logo rasmi
Logo lama Piala Sudirman dengan nama lama pertubuhan iaitu "IBF"

Piala Sudirman ialah sebuah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu; perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989.

Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini ditawarkan buat para pemain. Mereka hanya bermain sekadar mengharumkan nama negara yang diwakili dan juga memperoleh mata ranking dunia BWF.

Piala ini ditaja oleh PT Aqua Golden Mississippi Tbk, syarikat air galian Indonesia, yang semenjak 2000 bernaung dalam kumpulan Danone.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy