Pilihan raya umum Singapura 2020

Pilihan raya umum Singapura 2020

← 2015 10 Julai 2020[1][2] Akan datang →

93 kerusi dipertandingkan
(+2 kerusi ditawarkan untuk NCMP)
ke Parlimen Singapura
47 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar2,653,942 (6,570 perantau/diaspora)[3][4]
Pengundi hadir2,535,565 (95.63%)[5]
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Lee Hsien Loong Pritam Singh Tan Cheng Bock
Parti PAP WP PSP
Pemimpin sejak 3 Disember 2004 8 April 2018[6] 28 Mac 2019
Kerusi pemimpin GRC Ang Mo Kio
(Teck Ghee)
GRC Aljunied
(Eunos)
GRC Pantai Barat
(Kalah)
Pilihan raya
lepas
83

69.86%
6 + 3 Anggota NCMP
12.48%
Parti baru
Kerusi sebelum 82[7] 6 + 3 Anggota NCMP Parti baru
Kerusi selepas 83 10 2 NCMP
Perubahan kerusi 1 4 kerusi AP
3 kerusi NCMP
2 NCMP
Undian popular 1,524,781 279,245 253,459
Peratusan 61.24% 11.22% 10.18%
Peralihan undi 8.62% 1.26% Parti baru

Peta keputusan pilihan raya umum parlimen Singapura 2020

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Lee Hsien Loong
PAP

Perdana Menteri terpilih

Lee Hsien Loong
PAP

Pilihan raya umum Singapura 2020 ialah suatu pilihan raya yang dipercepat[8] yang berlangsung pada 10 Julai 2020. Ia akan memilih Anggota Parlimen Singapura ke-14 sejak merdeka pada tahun 1965 dengan sistem undian pemenang undi terbanyak. Mengundi diwajibkan untuk seluruh warga Singapura yang mencapai usia 21 atau lebih pada tanggal 1 Mac 2020.

Jawatankuasa Kajian Sempadan Pilihan Raya telah bersidang pada 1 Ogos 2019 dan mengeluarkan laporannya pada 13 Mac 2020, mendedahkan perubahan pada batas-batas kawasan undi yang ada. Parlimen ke-13 Singapura dibubarkan pada 23 Jun 2020 pada pukul 4 petang semasa pengumuman langsung oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di televisyen; surat perintah pilihan raya kemudiannya dikeluarkan dengan Pencalonan yang akan diadakan seminggu kemudian pada 30 Jun.

Seramai 192 calon (termasuk 73 calon baru dan satu calon bebas) dari 11 parti akan bertanding, yang paling banyak dalam sejarah Singapura, melepasi rekod yang ditetapkan dari pilihan raya 2015. Dua kawasan pilihan raya, yakni GRC Pasir Ris-Punggol dan SMC Pioneer, akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru untuk kali pertama di dalam sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan semenjak pilihan raya kecil Marine Parade 1992. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum untuk yang kedua kalinya di mana tidak ada kawasan undi yang tak ditandingi.

  1. ^ "Hari Mengundi di S'pura berlangsung pada 10 Julai, menurut ELD". Berita Medicorp. Gambar oleh Roslan Rahman. 23 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2020. Dicapai pada 23 Jun 2020.CS1 maint: others (link)
  2. ^ "Nomination Day on June 30; Polling Day on July 10". 23 June 2020.
  3. ^ Malavika Menon (4 Julai 2020). "Singapore GE2020: 101 overseas Singaporeans won't get to vote due to glitch in ICA system". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Singapore Press Holdings. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  4. ^ "GE2020: 101 overseas Singaporeans unable to vote due to 'glitch' in ICA system". CNA (dalam bahasa Inggeris). Mediacorp. 4 Julai 2020. Dicapai pada 5 Julai 2020.
  5. ^ "TOTAL VOTES CAST AT SINGAPORE GENERAL ELECTION 2020" (PDF). Elections Department Singapore.
  6. ^ "Workers' Party chief Low Thia Khiang to step down as secretary-general by next party election". Channel Newsasia. 3 November 2017. Dicapai pada 3 November 2017.
  7. ^ Berkurang satu kerusi kerana Halimah Yacob meletakkan jawatannya sebagai AP Kawasan Marsiling Yew Tee untuk bertanding sebagai calon presiden Singapura
  8. ^ "Singaporeans vote in snap election under coronavirus cloud". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Aljazeera. 10 Julai 2020. Dicapai pada 10 Julai 2020.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy