Pilihan raya umum United Kingdom 2010

Pilihan raya United Kingdom 2010

← 2005 6 Mei 2010 2015 →

Kesemua 650 kerusi Dewan Rakyat
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
  David Cameron Gordon Brown Nick Clegg
Pemimpin David Cameron Gordon Brown Nick Clegg
Parti Konservatif Buruh Demokrat Liberal
Pemimpin sejak 6 Disember 2005 24 Jun 2007 18 Disember 2007
Kerusi pemimpin Witney Kirkcaldy
& Cowdenbeath
Sheffield Hallam
Pilihan raya
lepas
198 kerusi, 32.3% 356 kerusi, 35.3% 62 kerusi, 22.1%
Kerusi yang
diperlukan
+116 –23 +264
Kerusi yang
dimenangi
305 258 57
Perubahan kerusi +96 −91 −6
Undian popular 10,683,787 8,604,358 6,827,938
Peratusan 36.1% 29.0% 23.0%
Peralihan undi +3.8% −6.2% +1.0%

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Gordon Brown
Buruh

Perdana Menteri baru

David Cameron
Konservatif

Paparan amaran: Page using Template:Infobox election with unknown parameter "last_election(boundary ch..."
Paparan amaran: Page using Template:Infobox election with unknown parameter "last_election(boundary ch..."
Paparan amaran: Page using Template:Infobox election with unknown parameter "last_election(boundary ch..."

Pilihan raya umum United Kingdom 2010 diadakan pada 6 Mei 2010 untuk memilih ahli parlimen bagi Dewan Rakyat Parlimen United Kingdom. Parti memerintah ialah Parti Buruh manakala parti-parti lain termasuk Parti Konservatif dan Parti Demokrat Liberal.

Tarikh pilihan raya diumumkan pada 6 April dan Parlimen dibubarkan pada 12 April.[1]

45 juta pengundi mengundi dari jam 7.00 hingga 10.00 pagi di 40,000 pusat mengundi. Keputusan pilihan raya diumumkan 2 jam kemudian (12.00 tengah hari). 649 anggota akan dipilih untuk membuat dasar di Dewan Umum.

Parti yang mendapat majoriti akan memerintah Britain selama 5 tahun akan datang. Keputusannya ialah Parti Konservatif mendapat 306 kerusi, Parti Buruh (258), Parti Demokrat Liberal (57).[2] Parti Konservatif menang tetapi tidak mendapat majoriti umum (lebih 50 peratus kerusi).[3] Pada 8 Mei, ketua Parti Konservatif, David Cameron telah bertemu dengan pemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg mengenai usul membentuk kerajaan campuran.[4]

Pada 11 Mei, ketika rundingan Konservatif dengan Liberal Demokrat untuk membentuk kerajaan campuran seakan-akan mencapai kejayaan,[5] ketua Parti Buruh Gordon Brown mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Dalam masa sejam, jawatan tersebut dipegang oleh ketua Parti Konservatif, David Cameron. Tidak lama selepas waktu tengah malam pada 12 Mei 2010, ahli-ahli Liberal Demokrat keluar dari mesyuarat parti Parlimen bersama Eksekutif Persekutuan untuk mengumumkan bahawa urus janji kerajaan campuran telah "diluluskan"[6], maka David Cameron bakal memimpin kerajaan campuran Liberal Demokrat dan Konservatif. Hasilnya Cameron sebagai Perdana Menteri melantik Clegg sebagai Timbalan Perdana Menteri sewaktu membentuk Kabinetnya.[7]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy