PlayStation 3

Sony PlayStation 3
PlayStation 3 logo
PlayStation 3 logo

Model asal, Alat pengawal DualShock dan model Slim
Atas: Versi asal dan logo PlayStation baru
Kiri:
Model pertama PlayStation 3 (2006)
Kanan:
Model slim PlayStation 3 (2009)
PembangunSony Computer Entertainment
PengilangSony, Foxconn, ASUSTeK[1]
Keluarga produkPlayStation
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketujuh
Ketersediaan runcit
  • Amerika Syarikat Januari 17 2006
  • Malaysia Januari 13 2006
  • Kanada Januari 22 2006
  • Singapura Januari 29 2006
  • Kesatuan Eropah Januari 23 2006
  • Jepun Januari 11 2006
  • Indonesia Januari 19 2006
  • Finland Januari 25 2006
  • Sweden Januari 24 2006
  • Rusia Januari 28 2006
  • Switzerland Januari 20 2006
  • Slovenia Januari 25 2006
  • Slovakia Februari 13 2006
  • Lubnan Januari 29 2006
  • India Januari 18 2006
  • Pakistan Januari 20 2006
  • Korea Selatan Januari 21 2006
  • Republik Rakyat Cina Januari 24 2006
  • Senegal Januari 12 2006
  • Nigeria Januari 30 2006
  • Republik Ireland Januari 12 2006
  • Perancis Januari 19 2006
  • Itali Januari 16 2006
  • Jerman Januari 17 2006
  • United Kingdom Januari 15 2006
  • Australia Januari 28 2006
  • Belanda Januari 28 2006
Ditamatkan
  • NZ: 29 September 2015
  • EU: Mac 2016
  • AU: Mac 2016
  • NA: Oktober 2016
  • JP: 29 Mei 2017
MediaCakera Blu-Ray, DVD, Cakera padat, Cakera Permainan PS2
CPUCell Broadband Engine 3.2 GHz dengan 1 PPE & 7 SPEs
Muatan storanCakera keras tetap SATA 2.5 inci (20 GB, 40 GB, 60 GB, 80 GB, 120 GB, 160 GB, 250 GB, 320 GB atau 500 GB)
Ingatan256 MB (memori sistem) dan 256 MB (memori video)
Perkhidmatan
dalam talian
PlayStation Network
Permainan terlarisGrand Theft Auto V, 34 juta
PendahuluPlayStation 2
PenggantiPlayStation 4
Laman sesawanghttp://www.playstation.com/ps3/

PlayStation 3 (プレイステーション 3,, Pureisutēshon Surī) (singkatan: PS3) ialah sebuah konsol permainan video yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Sony Interactive Entertainment. Konsol ini merupakan pengganti kepada konsol PlayStation 2, mula diumumkan secara rasmi menerusi acara E3 2005 dan telah dilancarkan pada Januari 11 2006 di Jepun[2], Januari 17 2006 di kawasan Amerika Utara[3] dan pada Januari 23 2006 di Eropah[4] dan Australia. Konsol PS3 merupakan salah satu daripada konsol permainan video generasi ke-7, di samping konsol Xbox 360 yang dibangunkan oleh Microsoft dan konsol Nintendo Wii yang dibangunkan oleh Nintendo.

Konsol PS3 merupakan konsol pertama yang menggunakan pemain cakera optik terbina Blu-ray sebagai media storan[5]. Ianya juga merupakan konsol PlayStation pertama yang mengintegrasikan perkhidmatan permainan sosial, termasuklah PlayStation Network[6] serta konsol pertama yang boleh dikawal menggunakan konsol mudah alih, melalui sambungan kawalan jauh pada PlayStation Portable dan PlayStation Vita[7]. Pada bulan September 2009, model Slim bagi konsol PS3 ini telah dikeluarkan dan model ini tidak lagi menyokong keupayaan untuk mengendalikan permainan video yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation 2[8]. Model ini lebih ringan dan nipis berbanding model asal serta menggunakan logo dan pemasaran yang telah direka bentuk semula, selain memaparkan animasi but yang sedikit berbeza[8]. Variasi Super Slim kemudian telah dikeluarkan lewat tahun 2012, dengan reka bentuk yang dikemaskini.

Di waktu awal pelancaran, rata-rata memberikan reaksi pelbagai terhadap konsol PS3 ini, kerana harga jualan yang tinggi, penggunaan seni bina pemproses yang kompleks dan kurang permainan video yang berkualiti namun pujian diberikan kepada penggunaan teknologi Blu-ray serta "potensi yang belum diterokai". Pasaran konsol PlayStation 3 ini pada mulanya tidak begitu memberangsangkan[9] namun begitu ianya mula mendapat sambutan, terutamanya setelah pengenalan kepada model Slim dan telah terjual sebanyak 87.4 juta unit, lebih banyak berbanding Xbox 360, menjadikan konsol PS3 ini konsol kelapan paling laris dalam sejarah konsol permainan video. Pengganti konsol ini, PlayStation 4 dikeluarkan pada bulan November 2013. Pada 29 September 2015, Sony mengesahkan pasaran PlayStation 3 akan ditamatkan di New Zealand, namun konsol ini masih lagi dikeluarkan untuk pasaran lain[10]. Pada bulan Mac 2016, tiada lagi pengeluaran unit baru bagi pasaran Eropah dan Australia serta di kawasan Amerika Utara pada bulan Oktober 2016[11][12]. Menjelang tahun 2017, Jepun merupakan kawasan terakhir di mana unit baru konsol PS3 masih lagi dikeluarkan sehinggalah 29 Mei 2017, apabila Sony mengesahkan bahawa pasaran PlayStation 3 ditamatkan di sana[11][12][13][14].

  1. ^ Shilov, Anton (18 Julai 2006). "Asustek Computer Ships PlayStation 3 Consoles". X-bit labs. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2016. Dicapai pada 5 Mei 2007.
  2. ^ "PS3 sells out at launch". BBC. 11 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2007. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  3. ^ "Sony's PS3 makes U.S. debut". USA Today. 17 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  4. ^ "PlayStation 3 launches March 23 in Europe, 425". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  5. ^ "PlayStation 3 Features – Blu-ray". SCEA. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2010. Dicapai pada 4 Mac 2010.
  6. ^ "PlayStation.com – PLAYSTATION3 Features: Multimedia". Sony Interactive Entertainment America. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2010. Dicapai pada 6 Ogos 2010.
  7. ^ De Leon, Al (26 Disember 2007). "PlayStation Blog — PS3 Tips — Remote Play and PlayStation Store". blog.us.playstation.com. PlayStation Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  8. ^ a b Wilde, Tyler (20 Ogos 2009). "12 things you didn't know about the PS3 Slim". Games Radar. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2024. Dicapai pada 27 Mac 2024.
  9. ^ "Sony Acknowledges Slow PS3 Sales in 2007". 4 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2016. Dicapai pada 30 Disember 2016.
  10. ^ Cood, Matthew. "PlayStation 3 Being Discontinued in New Zealand". NZGamer.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2015. Dicapai pada 27 Julai 2016.
  11. ^ a b Ashcraft, Brian (30 Mei 2017). "Sony Finally Killed Off The PS3 In Japan". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2017. Dicapai pada 16 Ogos 2017.
  12. ^ a b Ackerman, Dan (30 Mei 2017). "Sony PlayStation 3 ends shipments, fulfilling 10-year promise". CNET (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2017. Dicapai pada 16 Ogos 2017.
  13. ^ user name (8 Februari 2013). "PlayStation®3 チャコール・ブラック 500 GB | プレイステーション® オフィシャルサイト ". Jp.playstation.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2017. Dicapai pada 9 Januari 2018.
  14. ^ Lawrence Yee (20 Mac 2017). "Sony to Halt Playstation 3 Production in Japan – Variety". Variety.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2017. Dicapai pada 9 Januari 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy