PlayStation Move

PlayStation Move
PlayStation Move Motion Controller
Pengawal gerakan PlayStation Move
PengilangSony Computer Entertainment
JenisAlat kawalan permainan video
GenerasiEra generasi ketujuh
Ketersediaan runcit
    Amaran: parameter "EU" yang tidak diketahui (mesej ini hanya terpapar semasa pralihat sahaja).
      Amaran: parameter "AUS" yang tidak diketahui (mesej ini hanya terpapar semasa pralihat sahaja).
        Amaran: parameter "NA" yang tidak diketahui (mesej ini hanya terpapar semasa pralihat sahaja).
          Amaran: parameter "JP" yang tidak diketahui (mesej ini hanya terpapar semasa pralihat sahaja).
          KuasaBateri litium-ion
          InputPengawal gerakan:
          • Pengesanan gerakan
          • Penjejakan lokasi
          • 1 picu analog
            (T)
          • 8 butang
            (Triangle, Circle, Cross, Square, Start, Select, Home, Move)

          Pengawal navigasi:

          KetersambunganBluetooth, USB

          PlayStation Move (プレイステーションムーヴ, PureiSutēshon Mūvu) adalah pelantar alat kawalan permainan video pengesanan gerakan untuk konsol permainan video PlayStation 3 (PS3) oleh Sony Computer Entertainment (SCE). Berdasarkan gerakan tangan, PlayStation Move juga menggunakan kamera PlayStation Eye untuk mengesan kedudukan pengawal, dan penderia inersia dalam pengawal untuk mengesan gerakan yang dilakukan. Pertama kali diumumkan pada tarikh 2 Jun 2009, PlayStation Move dilancarkan di wilayah PAL dan sebahagian besar pasaran Asia pada 15 September 2010, di Amerika Utara pada 19 September 2010, dan di Jepun pada 21 Oktober 2010. PlayStation Move akan bersaing dengan Wii Remote dengan Wii MotionPlus dan Kinect yang merupakan sistem kawalan pergerakan untuk konsol Wii dan Xbox 360.

          Meskipun PlayStation Move digunakan untuk konsol PlayStation 3, Sony menyatakan bahawa ia mengganggap Move sebagai suatu pelancaran "platform" utama, merancang kempen pemasaran yang agresif untuk menyokong itu. Slogan iklan untuk PlayStation Move dari E3 2010 ialah "This Changes Everything" (Ini Mengubah Segalanya), termasuk kerjasama dengan Coca-Cola, sebagai sebahagian daripada "It Only Does Everything" (Ia Hanya Melakukan Segalanya) iaitu kempen pemasaran yang bermula dengan munculnya PlayStation 3 Slim.

          PlayStation Move juga boleh digunakan dalam konsol PlayStation 4 serta digunakan bersama aksesori PlayStation VR[4].

          1. ^ a b "PlayStation Move motion controller to hit worldwide market starting this September". Sony Computer Entertainment. 16 Jun 2010. Dicapai pada 15 Jun 2010.
          2. ^ a b James Gallagher (7 September 2010). "Everything You Need To Know About PlayStation Move". SCEE; PlayStation Blog. Dicapai pada 22 November 2010.
          3. ^ "PlayStation Move Motion Controller FAQs". Sony. Dicapai pada 4 September 2010.
          4. ^ Samit, Sarkar (17 Jun 2016). "Should you buy a Move controller for PlayStation VR while they're still cheap?". Polygon. Dicapai pada 18 April 2017.

          From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

          Developed by Tubidy