PlayStation Portable

PlayStation Portable. (PSP)
Reka bentuk model dan logo asal PSP
PengilangSony Computer Entertainment
Keluarga produkPlayStation
JenisKonsol permainan video mudah alih
GenerasiKe-7
Ketersediaan runcitJepun: 12 Disember 2004
A.S. & Kanada: 24 Mac 2005
Eropah & Australia: 1 September 2005
Bil. dijualSeluruh dunia: 82 juta (sehingga November 2013)[1][2][3]
MediaUMD, pengedaran digital
CPUMIPS berasaskan R4000; terjam daripada 1 hingga 333 MHz
Muatan storanMemory Stick Duo dan Memory Stick PRO Duo (2, 4, 8 atau 16 GB)
Ingatan32 MB, atau 64 pada model 2000, 3000 dan PSPGo.
PaparanLCD TFT 480 x 272 piksel dengan 16.8 juta warna, 16:9 skrin lebar, 3.8 in (97 mm) (PSP GO), 4.3 in (110 mm) (model lain)
KetersambunganWi-Fi (802.11b), IrDA, USB
DimensiPSP1000/2000:
74 mm (2.9 in) (t)
170 mm (6.7 in) (l)
23 mm (0.91 in) (d)
PSP3000:
71 mm (2.8 in) (t)
169 mm (6.7 in) (l)
19 mm (0.75 in) (d)
PSPGO:
69 mm (2.7 in) (t)
128 mm (5.0 in) (l)
16.5 mm (0.65 in) (d)
BeratPSP1000:
280 gram (9.9 oz)
PSP3000:
189 gram (6.7 oz)
PSP GO:
158 gram (5.6 oz)
Permainan terlarisMonster Hunter Freedom Unite (3.5 juta) (sehingga 30 Jun 2010)
PenggantiPlayStation Vita

PlayStation Portable (PSP) (ᴊᴘ プレイステーション・ポータブル) adalah sebuah konsol permainan video mudah alih yang dibangunkan oleh Sony Computer Entertainment[4]. Pembangunan mengenai konsol ini diumumkan pada acara E3 2003[5], dan telah diperkenalkan pada 11 Mei 2004 semasa sidang akhbar Sony sebelum bermulanya acara E3 2004[6]. Konsol ini dilancarkan di Jepun pada 12 November 2004[7], di kawasan Amerika Utara pada 24 Mac 2005[8] dan di kawasan yang menggunakan PAL pada 1 September 2005[9]. Konsol ini bersaing dengan beberapa konsol utama lain seperti Nintendo DS sebagai sebahagian daripada generasi ketujuh konsol permainan video.

PlayStation Portable merupakan konsol mudah alih pertama yang mampu bersaing secara terus dengan konsol Nintendo DS oleh kerana spesifikasinya yang dianggap berkuasa, berbanding dengan konsol mudah alih lain seperti Neo Geo Pocket dan Nokia N-Gage yang gagal memecahkan dominasi Nintendo dalam pasaran konsol permainan video mudah alih[10]. Konsol ini memiliki cip mikropemproses grafik yang berupaya memaparkan grafik yang lebih mendalam[11] serta memiliki keupayaan memainkan bahan media lain seperti memainkan video dan paparan saluran televisyen, menjadikan PlayStation Portable ini sebuah peranti mudah alih multimedia yang banyak digunakan pada ketika itu[12]. Ianya juga memiliki sambungan yang boleh digunakan untuk menyambung konsol ini kepada PlayStation 3 serta PSP lain dan juga sambungan Internet[13][14].

Model asal PSP (PSP-1000) kemudian digantikan dengan model semakan (PSP-2000) atau Slim & Lite yang menawarkan perubahan dari segi penampilan fizikal pada tahun 2007. Model semakan berikutnya, PSP-3000 menawarkan fungsi mikrofon terbina serta rekaan skrin yang baru yang dikeluarkan pada tahun 2008. Model semakan terakhir yang dikenali sebagai PSP Go diperkenalkan pada tahun 2009, diikuti dengan model bajet, PSP-E1000 dikeluarkan pada tahun 2011. PlayStation Portable akhirnya digantikan dengan PlayStation Vita yang dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 2011 di Jepun dan pada bulan Februari 2012 di seluruh dunia.

Pasaran PlayStation Portable ditamatkan secara rasmi sekitar tahun 2014 di seluruh dunia[15], yang telah mencatatkan jualan sebanyak 80 juta unit terjual setelah 10 tahun dilancarkan[1].

  1. ^ a b "Sony to Stop Selling PlayStation Portable by End of Year". Time. 3 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2014. Dicapai pada 30 Disember 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Metro.co.uk, David Jenkins for (27 November 2013). "Xbox One v PlayStation 4: Who will win the next-gen console race?". Dicapai pada 30 Disember 2016.
  3. ^ Moriarty, Colin (17 November 2014). "Vita Sales Are Picking Up Thanks to PS4 Remote Play". Dicapai pada 30 Disember 2016.
  4. ^ "PSP Technical Specifications". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-13. Dicapai pada 12 Mac 2008.
  5. ^ "E3 2003: Sony Goes Handheld!". IGN. 13 Mei 2005. Dicapai pada 12 Mac 2008.
  6. ^ Miller II, Stanley A. (11 Mei 2004). "Sony aims to take on rivals". Milwaukee Journal Sentinel.
  7. ^ "PSP Japanese launch impressions". 1UP. 11 Disember 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-12-25. Dicapai pada 12 Mac 2008.
  8. ^ Thorsen, Tor (24 Mac 2005). "The US PSP Launch". GameSpot. Dicapai pada 12 Mac 2008.
  9. ^ "Sony PSP launches across Europe". The BBC. 1 September 2005. Dicapai pada 12 Mac 2008.
  10. ^ Patsuris, Penelope (7 Jun 2004). "Sony PSP Vs. Nintendo DS". Forbes. Dicapai pada 17 Mei 2017.
  11. ^ Roper, Chris (28 Mac 2005). "Sony PSP vs. Nintendo DS". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-12. Dicapai pada 12 Mac 2008.
  12. ^ Waters, Darren (30 Ogos 2005). "Sony promotes vision of mobile video". BBC News.
  13. ^ "User's Guide – Remote Play". Sony Computer Entertainment. Dicapai pada 12 Mac 2008.
  14. ^ "Support – PSP – Connecting to the Internet". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2008. Dicapai pada 12 Mac 2008.
  15. ^ "Sony to Stop Selling PlayStation Portable by End of Year". Majalah Times. Time Inc. 3 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2014. Dicapai pada 4 Jun 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy