PlayStation Vita

PlayStation Vita
PengilangSony Computer Entertainment
Keluarga produkPlayStation
JenisKonsol permainan video mudah alih
GenerasiKelapan
Tarikh jualan17 Disember 2011 (Jepun)
Bil. dijual2.2 juta (setakat 30 Jun 2012)
MediaPS Vita Card
CPU4 teras ARM Cortex-A9 MPCore
Muatan storanKad memori PS Vita (4, 8, 16 or 32 GB)
Ingatan512 MB RAM, 128 MB VRAM
PaparanPaparan sesentuh OLED 5 inci, warna 24-bit, 960 × 544 qHD @ 220 ppi[1]
Grafik4 teras SGX543MP4+
Input
Kamera0.3MP depan dan belakang
KetersambunganIEEE 802.11 b/g/n Wi-Fi, 3G, Bluetooth 2.1+EDR
Perkhidmatan
dalam talian
PlayStation Network
Dimensi83.55 mm (3.289 in) (tinggi)
182 mm (7.2 in) (lebar)
18.6 mm (0.73 in) (tebal)
BeratWi-Fi:
260 gram (9.2 oz)
3G:
279 gram (9.8 oz)
Keserasian ke
belakang
PlayStation (muat turun sahaja)
PlayStation Portable (muat turun sahaja)
PendahuluPlayStation Portable

PlayStation Vita (dipendekkan secara rasmi sebagai PS Vita atau Vita) merupakan sebuah konsol permainan video mudah alih yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment. Konsol ini merupakan pengganti kepada konsol PlayStation Portable dan merupakan sebahagian daripada produk di bawah keluarga PlayStation. Ia telah dilancarkan di Jepun pada 17 Disember 2011 dan pada 22 Februari 2012 untuk pasaran seluruh dunia. Konsol ini bersaing bersama konsol mudah alih utama lain seperti Nintendo 3DS sebagai sebahagian daripada generasi kelapan konsol permainan video.

Model asal konsol ini mempunyai paparan sesentuh berjenis OLED bersaiz 5 inci, dua kayu ria analog, dan menyokong sambungan Bluetooth, Wi-Fi dan rangkaian 3G. Antara spesifikasi konsol ini ialah penggunaan cip mikropemproses ARM Cortex-A9 MPCore empat teras dan cip mikropemproses grafik SGX543MP empat teras. Model semakan, PS Vita siri 2000, dikeluarkan sepanjang tahun 2013 hingga 2014, memiliki perbezaan dari segi ketahanan bateri yang lebih lama, saiz konsol yang lebih kecil serta pengguna paparan skrin berjenis LCD. Sony juga mengeluarkan PlayStation TV, yang merupakan antara variasi PlayStation Vita yang membolehkan pengguna memainkan permainan video untuk Vita pada skrin televisyen; ia tidak lagi dikeluarkan pada penghujung tahun 2015.

Reka bentuk konsol direka dengan idea untuk menggabungkan pengalaman bermain permainan video pada konsol permainan video dengan trend permainan mudah alih yang akan datang menerusi peranti pintar atau tablet. Namun begitu, selepas setahun konsol ini berjaya dari segi hasil jualan, jualan konsol ini serta bajet yang lebih tinggi untuk membangunkan permainan video terhenti, menyebabkan Vita berdepan dengan masa jangka hayat dihentikan. Usaha bersepadu oleh pembangun bebas dan kecil-kecilan serta sokongan daripada beberapa syarikat Jepun membantu memanjangkan jangka hayat konsol ini. Walaupun Sony tidak mengeluarkan laporan hasil jualan Vita, penganalisis pasaran EEDAR menganggarkan sebanyak 10 juta unit telah terjual pada penghujung tahun 2015. Beberapa tahun mendatang menyaksikan Sony dalam cubaan untuk memainkan permainan video untuk konsol lain dalam Vita seperti memainkan permainan video PlayStation 4 menerusi penggunaan Remote Play.Azhar penipu

  1. ^ a b c Johnny Cullen (24 Januari 2011). "Sony outs tech specs for NGP". VG247. Dicapai pada 25 Januari 2011.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy