PopCap Games

PopCap Games, Inc.
Dulunya Sexy Action Cool (2000)
Jenis Anak syarikat
Industri Permainan video
Ditubuhkan 2000 (2000)
Penubuh John Vechey

Brian Fiete

Jason Kapalk

Ibu pejabat
Orang penting
Matt Nutt (pengurus besar)
Produk Senarai permainan video
Bilangan pekerja
~400 (2010)
Syarikat induk Electronic Arts (2011–present)
Divisyen PopCap Seattle

PopCap Vancouver

PopCap Shanghai

PopCap Hyderabad

Laman sesawang ea.com/ea-studios/popcap

PopCap Games, Inc. merupakan pembangun permainan video Amerika yang bertempat di Seattle, dan anak syarikat Electronic Arts.[1] Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2000 oleh John Vechey, Brian Fiete dan Jason Kapalka.

Pada asalnya diasaskan di bawah nama "Sexy Action Cool", produk pertama mereka merupakan permainan poker bogel yang berfungsi sebagai sumber pendapatan untuk projek-projek lain yang akan datang.[2] PopCap telah membangunkan beberapa permainan video untuk komputer, konsol dan peranti mudah alih, dengan permainan mereka terlaris merupakan Bejeweled dan Plants vs. Zombies. PopCap telah dijual kepada Electronic Arts pada tahun 2011.[3]

  1. ^ Arts, Electronic (2019-06-20). "About - PopCap Studios - Official EA Site". Electronic Arts Inc. (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 22, 2021. Dicapai pada 2020-09-20.
  2. ^ GDC (2019-01-08), Classic Game Postmortem - Bejeweled, diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-12, dicapai pada 2019-04-30
  3. ^ Edwards, Cliff (August 22, 2012). "Electronic Arts' PopCap Games Cuts Jobs, May Close Office". Bloomberg Businessweek. Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2018. Dicapai pada November 11, 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy