Portal:Anime dan manga

Selamat Datang ke Portal Anime dan Manga
سلامت داتڠ کڤورتل انيمي دان مانڬا
Commons-tan
Apakah itu "anime" dan "manga"?
Wikipe-tan

Anime (アニメ) (Mengenai audio inidengar ) ialah animasi khas yang dihasilkan di Jepun. Perkataan Anime berasal daripada perkataan Inggeris animation. Pada tahun 1960-an, orang Jepun membaca perkataan animation sebagai a-ni-me-syun. Disebabkan kebiasaan tatabahasa Jepun untuk membuang "syun" daripada perkataan pinjaman tersebut, maka mereka mula memanggilnya Anime. Dari sinilah perkataan anime dilahirkan dan digunakan sehingga hari ini di Jepun dan seluruh dunia. Contohnya, perkataan Television menjadi Terebisyun dalam Bahasa Jepun dan dipendekkan ke Terebi sahaja. Perkataan "anime" tampil dalam bentuk tulisan dalam tiga aksara Tulisan Katakana iaitu a, ni, me (アニメ).

Manga (漫画) (Mengenai audio inidengar ) merupakan perkataan komik dalam bahasa Jepun manakala di luar negara Jepun, perkataan tersebut digunakan khusus untuk merujuk komik Jepun. Perbezaan antara sebutan "manga' dan "komik" merupakan perbezaan berdasarkan tempat atau kelompok di mana manga lebih tertumpu kepada komik-komik Jepun (kadang-kala juga termasuk Asia) dan komik lebih kepada komik-komik buatan negara-negara Barat. Kebanyakan mangaka (penulis manga) di Jepun menggunakan gaya sederhana dalam menggambar manga. Walaupun begitu, hampir semua gambar latar belakang manga digambarkan secara realistik meskipun gambar perwatakannya benar-benar sederhana.

Rencana pilihan
Dragon Ball (ドラゴンボー, Doragon Bōru) atau dikenali sebagai Mutiara Naga di Malaysia ialah sebuah manga oleh Akira Toriyama sebanyak 42 jilid novel grafik manakala 43 jilid di Malaysia. Sebelum itu, ia diterbitkan dalam majalah mingguan Mingguan Shonen Jump di Jepun dari 1984 hingga 1995. Secara umumnya, Mutiara Naga mengisahkan pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan.
Watak pilihan
Rantarou Inadera
Rantarou Inadera (猪名寺乱太郎) merupakan watak utama dalam siri ini. Dia merupakan anak kepada ninja yang miskin dan kebanyakan dan berazam dengan memasuki Sekolah Ninja, dia akan menjadi ninja yang elit. Walaupun telah berazam tekad, dia masih bersikap sambil lewa dengan lawaknya bersama rakannya Kirimaru dan Shinbei di dalam kelas meskipun dia antara watak yang paling bertanggungjawab antara mereka bertiga. Penglihatannya tidak bagus tetapi langkah kakinya amat laju. Dia juga merupakan ahli jawatankuasa keselamatan.
Biografi pilihan

Akira Toriyama (鳥山 明 Toriyama Akira) dilahirkan pada 5 April 1955 di Kiyosu, Aichi, Wilayah Aichi) ialah mangaka Jepun. Dia muncul buat pertama kalinya pada 1978 dengan cerita Wonder Island, disiarkan di majalah Weekly Shonen Jump, dan menjadi terkenal dengan Dr. Slump, disirikan secara mingguan di Shonen Jump dari 1980 sehingga 1984. Pada 1984, dia bertanggungjawab dalam menghasilkan Dragon Ball yang disirikan dalam Weekly Shonen Jump. Di Jepun, ia menjadi jualan terbaik pecah-rekod dengan melebihi 120 juta salinan telah terjual. Selain kejayaan di Jepun, siri ini berjaya di seluruh dunia juga, termasuk Amerika Syarikat dan Amerika Latin.

Tahukah anda
Cosplay watak Kirito
Cosplay watak Kirito
  • ... bahawa manga pertama dijumpai adalah dalam berbentuk skrol yang dibaca dari kanan ke kiri?


...Arkib
Gambar pilihan
Watak dalam siri manga dan anime Nisekoi
Watak dalam siri manga dan anime Nisekoi

Watak dalam siri manga dan anime Nisekoi

Topik
Umum

Fandom anime dan manga • Konvensyen anime • Industri anime • Cosplay • Dōjinshi • Sejarah anime • Sejarah manga

Kumpulan demografi

Kanak-kanak • Josei • Seinen • Shōnen • Shōjo

Genre

Ecchi • Harem • Magical girl • Mecha • Yaoi • Yuri • Hentai

Lists
Syarikat anime • Konvensyen anime • Permainan video anime & manga • Jualan manga terlaris • Anime dan manga paling lama aktif • majalah manga
Senarai
Senarai

0-9

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O


P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z


Catatan: Judul komik dengan pautan berwarna merah mengindikasikan bahawa rencana tersebut komik bersangkutan belum dibuat.
Judul komik dengan tanda * sebenarnya merupakan komik Korea (manhwa).
Kategori
Anime Manga
Memberi sumbangan
Projek Wikimedia
Portal lain
Projek Wiki anime dan manga merupakan satu Projek Wiki bagi memperbaiki kualiti rencana atau artikel yang bertopik dan berkaitan dengan anime dan manga. Marilah kita bergabung jika anda ingin berkhidmat dalam rencana mengenai anime ataupun manga. Sebarang perbincangan dan pandangan boleh dikemukan di laman ini.

Filem Opera Seni
Sastera Jepun Muzik klasikal

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy