Premier Sarawak | |
---|---|
ڤريميير سراوق Premier of Sarawak | |
Kerajaan Negeri Sarawak | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Lapor kepada | Dewan Undangan Negeri Sarawak |
Bidang kuasa | Sarawak dan Tanah Jajahan Mahkota Sarawak |
Institusi | Pejabat Premier Sarawak dan Kabinet Negeri Sarawak |
Kediaman | Demak Jaya, Kuching, Sarawak |
Pusat | Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak |
Dilantik oleh | Tuan Yang Terutama Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar Yang di-Pertua Negeri Sarawak |
Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
Surat cara pembentukan | Perlembagaan Negeri Sarawak |
Penjawat sulung | Stephen Kalong Ningkan (sebagai Ketua Menteri) |
Dibentuk | 22 Julai 1963 15 Februari 2022 (Premier) | (Ketua Menteri)
Timbalan/naib | Douglas Uggah Embas Awang Tengah Ali Hassan Sim Kui Hian |
Tapak web | premier |
sunting · sunting di Wikidata |
Yang Amat Berhormat Premier Sarawak[1][2] ialah ketua kerajaan bagi wilayah Sarawak, Malaysia. Penyandang jawatan ini dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, dalam kalangan pemimpin parti terbesar bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak.[3]
Jawatan ini sebelumnya dikenali sebagai Ketua Menteri Sarawak sebelum pindaan dibuat pada perlembagaan negeri yang diluluskan pada 15 Februari 2022 yang menukar gelaran jawatan tersebut kepada Premier[4] dan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022.[1][5]
Penyandang Premier Sarawak terkini ialah Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg yang menjawat sejak 13 Januari 2017 (pada asalnya sebagai Ketua Menteri Sarawak).