Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan

Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan
الرئاسة العامة للبحوث العلمية و الإفتاء
Kerajaan Arab Saudi
Intisari agensi
Dibentuk29 Ogos 1971 (1971-08-29)
JenisAgensi kerajaan
Eksekutif Agensi kerajaan
Agensi induk
Majlis Ulama Kanan Arab Saudi
Laman sesawang
https://www.alifta.gov.sa


Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan (Arab: الرئاسة العامة للبحوث العلمية و الإفتاء, rumi: al-Riʾāsatu al-ʿAmmatu lil-Buḥūṯ al-ʿIlmiyya wal-Iftāʾ; sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Islam dan Kefatwaan, Arab: اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء, rumi: al-Lajnah al-Daʿimah lil-Buḥūṯ al-ʿIlmiyya wal-Iftāʾ) merupakan agensi berkaitan agama Islam di Arab Saudi yang ditubuhkan oleh Raja bagi membincangkan hal-hal berkaitan perundangan Islam (fiqah) dan menyediakan kertas kajian kepada Majlis Ulama Kanan yang akan menasihati Raja dalam hal ehwal agama Islam. Keanggotaannya diambil dari Majlis Ulama Kanan - yang mana presidensi umum ini merupakan salah satu jawatankuasa di dalam majlis tersebut - dan mempunyai sebilangan ulama Sunni yang pakar dalam ilmu fiqah di Arab Saudi. Ketua bagi presidensi umum ini ialah Mufti Besar Arab Saudi.

Penetapan hukum atau fatwa di Arab Saudi hanya dihadkan kepada anggota Majlis Ulama Kanan dan beberapa ulama yang lain sahaja[1]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy