Profesor

Profesor
ڤروفيسور
Albert Einstein
Albert Einstein sebagai seorang profesor
Pekerjaan
Sebutan
  • [pro.fé.sor]
Jenis
Sektor kegiatan
Penerangan
Kemahiran
Pengetahuan akademik, penyelidikan, menulis rencana jurnal atau buku, mengajar
Pendikan yang diperlukan
Ijazah sarjana, ijazah kedoktoran (contoh: Ph. D.), ijazah profesional atau ijazah tamatan
Bidang pekerjaan
Akademik
Pekerjaan berkaitan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Profesor (biasanya dipendekkan sebagai Prof.)[1][2] ialah pangkat akademik di universiti dan institusi penyelidikan dan pendidikan pascasiswazah di kebanyakan negara. Secara harfiah, profesor berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud "orang yang menganut", yang biasanya pakar dalam seni dan sains, guru dengan kedudukan tertinggi.[2]

Dalam kebanyakan sistem kedudukan akademik, kata "profesor" hanya merujuk kepada kedudukan akademik paling kanan, yang kadangkala dikenali secara tidak rasmi sebagai "profesor penuh".[3][4] Di sesetengah negara atau institusi, perkataan profesor juga digunakan untuk gelaran dengan pangkat yang lebih rendah seperti profesor madya atau pembantu profesor; terutamanya di Amerika Syarikat di mana perkataan profesor itu kadangkala digunakan secara basahan untuk merujuk kepada sesiapa pun yang memegang jawatan akademik.[5] Penggunaan ini dianggap tidak betul di tempat lain.

Para profesor menjalankan penyelidikan asal dan biasanya mengajar kursus-kursus mahasiswa, profesional dan lepasan ijazah di dalam bidang kepakaran mereka. Di universiti-universiti yang mempunyai sekolah siswazah, profesor mungkin membimbing dan mengawasi pelajar-pelajar siswazah untuk menjalankan penyelidikan bagi tujuan tesis atau disertasi. Di kebanyakan universiti, profesor turut mengambil peranan dalam pengurusan kanan, mengetuai jabatan, pasukan dan institut penyelidikan serta memainkan peranan sebagai Presiden, Pengetua atau Naib Canselor.[6]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama prpm
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama etymonline.com
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama macleans.ca
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama eui
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama tom
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama prom

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy