Program nuklear Iran

Program nuklear Iran dilancarkan pada era 1950-an dengan bantuan Amerika Syarikat sebagai sebahagian program Atoms for Peace.[1] Selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, kerajaan Iran membubarkan program ini untuk seketika. Dengan sokongan yang rapuh dari negara-negara barat, Iran menghidupkan semula program nuklearnya. Negara Iran buat masa ini mempunyai beberapa makmal penyelidikan nuklear, dua buah lombong uranium, sebuah reaktor penyelidikan nuklear dan tiga buah loji pengayaan uranium.[2]

Iran mengumumkan bahawa program nuklear mereka adalah untuk menjana tenaga elektrik,[3] tetapi Amerika Syarikat dan beberapa negara lain mendakwa Iran cuba membangunkan senjata nuklear. Namun begitu, pegawai-pegawai kerajaan Iran menyangkal dakwaan ini. Loji kuasa nuklear pertama Iran yang telah lama tergendala, Bushehr I, dijangka akan mula beroperasi pada musim panas 2010.[4]

  1. ^ Sam Roe (28 Januari 2007). "An atomic threat made in America". Chicago Tribune. Dicapai pada 2009-07-01.
  2. ^ Haidar, J.I., 2015."Sanctions and Exports Deflection: Evidence from Iran," Paris School of Economics, University of Paris 1 Pantheon Sorbonne, Mimeo
  3. ^ "Nuclear Power Plants Will Generate 6,000 MW by 2010" (PDF). Iran Daily. Dicapai pada 25 April 2006.
  4. ^ Putin Predicts Summer Start for Iranian Reactor, Peter Crall, Arms Control Today, April 2010.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy