Pulau Pinang

Pulau Pinang
ڤولاو ڤينڠ
Transkripsi lain
 • InggerisPenang
 • Cina槟城 (Ringkas)
檳城 (Tradisional)
Bīn chéng (Pinyin)
 • Hokkien庇能
Pī-néeng (Tâi-lô)
Pī-né͘ng (Pe̍͘h-ōa-jī)
 • Tamilபினாங்கு
Piṉāṅku (Transliterasi)
 • Thaiปีนัง
Pinang (RTGS)
Nama panggilan: Pulau mutiara
Cogan kata: Bersatu dan Setia
Lagu: Untuk Negeri Kita
   Pulau Pinang di    Malaysia
Koordinat: 05°24′09″N 100°21′54″E / 5.40250°N 100.36500°E / 5.40250; 100.36500Koordinat: 05°24′09″N 100°21′54″E / 5.40250°N 100.36500°E / 5.40250; 100.36500
NegaraMalaysia
Ibu negeriGeorge Town, Pulau Pinang
Bandar terbesarSeberang Perai
Pentadbiran
 • JenisSistem berparlimen
 • Yang di-Pertua NegeriAhmad Fuzi Abdul Razak
 • Ketua MenteriChow Kon Yeow
Keluasan
 • Jumlah1,048 km2 (405 batu persegi)
Aras tertinggi833 m (2,733 ft)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah1,740,405
 • Kepadatan1,659/km2 (4,300/batu persegi)
Indeks Pembangunan Manusia
 • IPM (2018) 0.838 sangat tinggi [3]
Zon waktuUTC+08:00 (WPM)
Poskod
10xxx–11xxx (Pulau Pinang)
12xxx-14xxx (Seberang Perai)
Kod panggilan04
Huruf pertama plat kenderaanP
Laman sesawangwww.penang.gov.my

Pulau Pinang (Jawi: ڤولاو ڤينڠ) merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia, di pinggir Selat Melaka. Ia mempunyai dua bahagian: sebuah pulau induk nama sama yang tertetaknya ibu negeri George Town dan Seberang Perai di Semenanjung Tanah Melayu. Kedua-dua bahagian ini dihubungkan secara fizikalnya oleh Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Negeri ini bersempadan dengan Kedah di bahagian utara dan timur dan Perak di bahagian selatan.

Dengan seramai 1.74 juta penduduk dan kepadatan penduduk sebanyak 1,659/km2 (4,300/sq mi) setakat tahun 2020, Pulau Pinang merupakan salah satu negeri di Malaysia yang paling berpenduduk padat dan dibandarkan. Seberang Perai merupakan bandar raya yang ketiga terbesar di Malaysia mengikut bilangan penduduk. Pulau Pinang merupakan sebuah negeri pelbagai budaya dengan penduduknya yang termasuk Orang Cina, Orang Melayu, Orang India, Orang Serani, Orang Siam dan ekspatriat.

Didirikan oleh Francis Light pada tahun 1786, Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat, sebuah jajahan mahkota British yang juga terdiri daripada Melaka dan Singapura. Ketika Perang Dunia Kedua, Jepun menduduki Pulau Pinang, tetapi British menguasainya semula pada tahun 1945. Pulau Pinang kemudiannya bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia), yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Ekonomi Pulau Pinang beralih daripada perdagangan entrepôt kepada pembuatan elektronik dan sektor ketiga pada hujung abad ke-20. Hari ini, Pulau Pinang merupakan salah satu daripada penjana ekonomi yang paling membangun dalam negara, dengan KDNK per kapita kedua tertinggi dalam kalangan negeri-negeri Malaysia, dan Indeks Pembangunan Manusia ketiga tertinggi selepas Kuala Lumpur dan Selangor. Pulau Pinang juga merupakan pengeksport utama Malaysia dengan eksport bernilai hampir RM451 billion pada tahun 2022, terutamanya melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, yang juga lapangan terbang ketiga tersibuk dalam negara dari segi traffik penumpang.

Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Pulau Pinang mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM49,873 pada 2017.[4]

Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri majoriti penduduk Cina di Malaysia. Di sini juga menjadi Chinatown utama negara Malaysia.

  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2011. Dicapai pada 24 Januari 2011.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Penduduk Pulau Pinang
  3. ^ "| Human Development Reports". hdr.undp.org.
  4. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=d21BMHFxZFBIcFlCNExIYUQ1cE92Zz09

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy