Pulau Rempang

Pulau Rempang
Geografi
LokasiIndonesia
Koordinat0°42′N, 104°13′E
KepulauanKepulauan Riau
Pulau-pulau utamaPulau Batam
Pentadbiran
Indonesia
ProvinsiKepulauan Riau
Demografi
Populasi7,500 (2023)
BahasaIndonesia, Melayu Riau
Kumpulan etnikMelayu
Maklumat tambahan
Zon waktu

Pulau Rempang ialah sebuah pulau di Indonesia yang berkeluasan kira-kira 165 km² dan ditadbir di bawah pemerintahan Bandar Batam, Kepulauan Riau. Pulau ini merupakan pulau kedua terbesar yang dihubungkan dalam rangkaian Jambatan Barelang.

Pulau ini terletak kira-kira 3 km di sebelah tenggara Pulau Batam. Ia dihubungkan oleh Jambatan Barelang 4 (Jambatan Sultan Zainal Abidin) ke Pulau Setokok sebelum ke Pulau Batam di barat laut, dan oleh Jambatan Barelang 5 (Jambatan Tuanku Tambusai) ke Pulau Galang di bahagian selatan.

Pulau ini menempatkan se­kurang-kurangnya 7,500 penduduk, ramai antara mereka merupakan orang Melayu[1]. Pulau ini juga kaya dengan pasir kuarza yang diperlukan untuk pembuatan kaca[1].

Pulau Rempang dikembangkan sebagai sebuah kawasan pertanian dan perikanan[2].

  1. ^ a b KOSMO! (2023-09-22). "Penduduk teruskan bantahan bina kilang China di Pulau Rempang". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-09-25.
  2. ^ Home; Terkini; News, Top; Terpopuler; Nusantara; Nasional; FTZ, Ekonomi &; Politik; Hukum (2022-01-18). "KKP tetapkan empat kampung budidaya perikanan di Kepri". Antara News Kepri. Dicapai pada 2023-09-25.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy